Jika anda adalah blogger baru, anda mungkin mempunyai masalah untuk memasang dan menukar template blogger. Untuk pengetahuan anda, ada berbilion blog atau laman web terdapat di dunia ini dan pastinya sukar untuk satu satu blog betul-betul menonjol melainkan ade sesuatu yang lain berbanding blog-blog lain.Â
Salah satu perkara yang memainkan peranan adalah template blog anda. Memilih template yang sudah sedia ada memang mudah tetapi rupa laman web anda akan menjadi biasa-biasa saja dan kurang menonjol berbanding blog lain.Â
Blog yang mempunyai kandungan yang terbaik tetapi tidak menarik dari segi rupa juga tidak akan dapat menarik pengunjung untuk setia membaca blog tersebut. Oleh itu, template blog dan juga kandungan haruslah seimbang untuk memastikan blog kita dapat menarik hati pembaca.
Ok.Â
Template blogger yang berbayar juga ada yang tidak terlalu mahal hanya dalam lingkungan RM20-RM30. Cukup dengan template tersebut blog anda akan kelihatan berlainan dengan orang lain.
Di bawah merupakan antara senarai laman sesawang yang anda boleh beli template dengan harga yang murah atau percuma.
Anda pilih Blogger Template yang anda ingini dan muatturun ke dalam komputer anda. Biasanya fail tersebut adalah dalam format zip. Ekstrak dahulu fail tersebut dan dalam folder fail tersebut akan ada satu fail dengan format .xml. Itulah tema yang perlu anda upload ke blog anda nanti. Lain-lain fail adalah untuk membantu anda bagaimana untuk pasang tema tersebut.
Ok. Sekarang kembali ke blog anda.Â
Buat backup tema anda yang sedia ada dengan menekan Download Full Template. Ini adalah penting untuk memudahkan anda kembali ke template asal sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas anda guna template baru.
Pilih fail .xml dalam folder yang anda telah ekstrak tadi. Tekan upload. Tunggu sehingga siap.Â
Untuk lebih kefahaman, lihat video dibawah.
Langkah 1 :
Pilih pautan Template. Di bahagian kanan atas akan ada satu butang 'Restore/Backup'. Tekan pada butang tersebut.Langkah 2 :
Buat backup tema anda yang sedia ada dengan menekan Download Full Template. Ini adalah penting untuk memudahkan anda kembali ke template asal sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas anda guna template baru.
Langkah 3 :
Pilih fail .xml dalam folder yang anda telah ekstrak tadi. Tekan upload. Tunggu sehingga siap. Untuk lebih kefahaman, lihat video dibawah.
Satu perkara yang anda perlu tahu iaitu sekiranya anda menukar template blog anda semua link page perlu anda buat semula. Ini mungkin akan memakan masa da sedikit leceh. Jadi saya nasihatkan kepada anda untuk hanya tukat template blog anda sekiranya perlu.
Terima kasih kerana membaca Cara Memasang Template Tema Blogger 2015. Berikan komen anda dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.