Cara Semak Status Pendaftaran Kosmetik


Sepertimana produk kesihatan, kosmetik juga adalah perkara yang dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tetapi terdapat sedikit perbezaan jenis pendaftaran bagi barangan kosmetik.

Apa yang dikategorikan sebagai kosmetik?

Dalam peraturan yang dikuatkuasakan oleh KKM, kosmetik didefinasikan sebagai apa sahaja bahan atau persediaan yang digunakan pada luaran badan manusia termasuk minyak wangi, ubat gigi dan kosmetik-kosmetik biasa yang kita ketahui. 

Kenapa kosmetik dikawal?

Ramai pengeluar dan pengilang yang mengambil kesempatan di atas kekurangan pengetahuan orang awam. Kosmetik yang didaftarkan oleh KKM akan sentiasa dikawal dari segi keselamatannya kepada pengguna. Banyak kosmetik yang tidak berdaftar dicampurkan racun-racun berbahaya seperti hydroquinone, tretinoin ataupun merkuri. Penggunaan kosmetik yang mengandungi racun in adalah amat berbahaya kepada pengguna. 

Bagaimana cara menyemak status pendaftaran kosmetik?

Terdapat sedikit perbezaan antara pendaftaran kosmetik dan pendaftaran produk kesihatan. Pendaftaran kosmetik akan merujuk kepada notifikasi kosmetik. Setiap kosmetik yang berdaftar / bernotifikasi dengan KKM akan diberikan satu no NOTIFIKASI. Nombor tersebut bermula dengan NOT diikuti dengan 8 atau 9 digit nombor dan diakhiri dengan K/KE.

Contoh nombor Notifikasi : NOT12345678K @ NOT12345678KE

Walaubagaimanapun, nombor tersebut tidak diwajibkan untuk dipaparkan atau dicetak pada kosmetik tersebut. Jadi ada dua cara untuk memastikan kosmetik tersebut merupakan kosmetik bernotifikasi.

Cara 1 : Tanya penjual

Tanya pekedai atau penjual berkenaan nombor notifikasi kosmetik tersebut. Jika pihak pekedai atau penjual tidak tahu berkenaan nombor notifikasi, anda boleh syaki bahawa kosmetik tersebut mungkin tidak bernotifikasi.

Cara 2 : Semakan secara atas talian

Sepertimana cara semakan status pendaftaran produk. Anda juga boleh menyemak status notifikasi kosmetik di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. 


Jadilah pengguna yang bijak dan bertanggungjawab. Terima kasih kerana membaca Cara Semak Status Pendaftaran Kosmetik. Berikan komen anda di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.
Back To Top