Cara Menyambut Hari Kemerdekaan


Hari Kemerdekaan merupakan hari yang amat bermakna untuk kita semua. Pelbagai sambutan dilakukan di sana sini. Perarakan juga di jalankan di pelbagai tempat. Tetapi sejauh mana sambutan-sambutan tersebut betul-betul masuk ke dalam sanubari rakyat Malaysia untuk benar-benar menghargai dan menghayati kemerdekaan. 

Sambut dengan kesederhanaan.



Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan semakin merudum sekarang ini, seharusnya semua jenis sambutan dilakukan dalam kesederhanaan. Tidak perlu lagi perbelanjaan untuk bunga api yang memakan ribuan ringgit. Duit tersebut boleh dibelanjakan untuk perkara yang lebih bermanfaat. 

Sambut dengan kesyukuran


Kesyukuran tidak melibatkan wang ringgit. Apa yang perlu adalah untuk kita renungi dan bersyukur dengan kemerdekaan yang diberikan kepada kita semua. 

Sambut dengan pengharapan


Hadapkan pengharapan kita dengan penuh tawaduk berdoa kepada yang Maha Pemberi. Sesungguhnya semua yang berlaku di dunia ini adalah dalam kehendak dan perancangannya.

Apa yang paling penting adalah sambutan tidak semestinya dalam bentuk fizikal. Penghayatan erti sebenar kemerdekaan adalah jauh lebih penting daripada pelbagai sambutan yang dilakukan. Semoga kita sentiasa merdeka dari segi fizikal dan  dan juga jiwa.

Terima kasih kerana membaca Cara Menyambut Hari Kemerdekaan. Berikan komen anda dan kongsikan dengan rakan-rakan anda agar kita sentiasa sedar akan hakikat sebenar kemerdekaan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top