Sejak dari kecil lagi kita diajar dengan pepatah 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit' tetapi berapa banyak daripada kita yang mengambil pengajaran daripada pepatah tersebut. Pepatah tersebut menunjukkan bahawa orang dulu pun sudah mempunyai kesedaran tentang berjimat cermat dan juga sifat menabung. Ditambah dengan perkembangan teknologi dan kemudahan zaman sekaran, menabung sebenarnya menjadi lebih mudah bagi yang mahu menabung.
Cara 1 : Buat Potongan Gaji Automatik / Manual
Hampir semua pekerja mendapat gaji pada satu tarikh yang sama atau hampir sama setiap bulan. Oleh itu, buat potongan secara automatik daripada akaun gaji anda kepada akaun simpanan anda setiap bulan dan tetapkan tarikh potongan tersebut adalah pada tarikh gaji anda. Hampir semua bank ada menyediakan perkhimatan Standing Instruction untuk potongan duit secara automatik. Dan sebaik-baiknya akaun simpanan anda adalah akaun yang sukar untuk dikeluarkan seperti Tabung Haji.Â
Cara 2 : Simpan syiling
Cara ini adalah yang paling mudah. Setiap kali anda berbelanja pastinya akan ada baki dalam bentuk syiling. Simpan syiling tersebut ke dalam tabung anda. Ianya mungkin tidak akan menjadikan anda kaya tetapi ianya amat berguna disaat-saat kritikal dan kecemasan.Â
Cara 3 : Simpan satu jenis duit kertas
Pilih satu jenis duit kertas dan simpan duit kertas tersebut setiap kali anda menerimanya. Sebagai contoh anda hendak menyimpan wang kertas RM5, jadi setiap kali anda berbelanja dan jika ada baki dalam bentuk RM5, simpan RM5 tersebut dalam tabung anda. Lakukannya setiap kali anda terima wang kertas tersebut.Â
Begitulah cara ringkas dan mudah untuk anda yang mahu mulakan perjalanan untuk menabung. Terima kasih kerana membaca Cara Paling Mudah Untuk Menabung dengan Jayanya. Berikan komen anda dan cara anda menabung di ruangan komen.