Cara Buat Survey Ringkas Di Toluna

Selain daripada menjawab survey, Toluna juga memberikan peluang kepada kita untuk membuat survey kita sendiri. Malah jika anda ingin membuat pungutan suara, anda boleh menggunakan Toluna.

Langkah 1 : Login pada Toluna

Setelah anda login, anda akan dapat lihat paparan di bawah. Anda mempunyai pilihan untuk membuat pungutan suara, topik, thumb it dan juga Battles.

Pungutan suara adalah survey biasa dengan beberapa pilihan jawapan. 



Langkah 2 : Tuliskan soalan anda dan pilihan jawapan



Tuliskan soalan dan pilihan jawapan anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menjadikan survey anda awam, kawan-kawan atau persendirian. 

Pilih awam sekiranya anda mahu survey anda terpapar dalam laman Toluna dan boleh dijawab oleh sesiapa sahaja. 

Pilih persendirian sekiranya anda ingin letakkan pada blog atau website anda dan hanya pengunjung blog anda sahaja yang dapat mengundi.

Setelah itu tekan Cipta.

Langkah 3 : Kongsikan dengan kawan-kawan atau Blog anda


Anda boleh berkongsi di Facebook, Twitter dan Email


Anda boleh letakkan kod html dalam blog post anda untuk dijawab oleh para pengunjung.

Ok. Sekarang jawab survey di bawah ye. Terima kasih kerana membaca Cara Buat Survey Ringkas Di Toluna. Berikan komen anda dan kongsikan dengan rakan-rakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top