Hampir setiap orang mempunyai telefon pintar pada zaman sekarang. Malah ada yang mempunyai lebih dari satu telefon pintar. Data internet pula sudah menjadi satu keperluan kepada setiap pengguna telefon pintar tambahan wujudnya komunikasi dengan menggunakan data seperti Whatsapp, Telegram dan lain-lain.
Di Malaysia, terdapat pelbagai variasi pelan internet harian, mingguan dan bulanan disediakan oleh pembekal telekomunikasi. Walau dari pembekal mana sekalipun, terdapat kekangan dari segi jumlah penggunaan data. Sekalipun ada antara yang menyatakan data tanpa had.Â
Antara cara mudah untuk menjimatkan penggunaan data internet pada telefon pintar anda adalah:
Cara 1 : Matikan sambungan data jika tidak digunakan
Jelas lagi bersuluh bukan? Jika anda tidak menggunakan telefon pintar anda, matikan sambungan data pada telefon pintar anda. Mematikan sambungan data pada telefon pintar bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan data, malah menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar anda.
Cara 2 : Tetapan - Block Background Data
Kebanyakan telefon pintar pada hari ini mempunyai tetapan untuk menghalang penggunaan data dibelakang tabir tanpa anda ketahui. Ia juga dapat mengelakkan aplikasi yang anda pasang pada telefon anda membuat sambungan internet tanpa diketahui oleh anda.
Cara 3 : Play Store - Jangan Kemaskini Automatik
Play Store kerap membuat kejutan dengan kemaskini aplikasi yang banyak. Dan tiap-tiap aplikasi bukannya kecil untuk di kemaskini. Pastinya akan memakan data internet anda dengan rakusnya. Cara mati kemaskini secara automatik adalah dengan masuk ke tetapan Play Store dan matikannya di situ. Anda juga boleh buat tetapan untuk hanya kemaskini apabila terdapat sambungan wifi.
Cara 4 : Whatsapp - Jangan Muat Turun Automatik
Hari ini, Whatsapp seperti hampir mengalahkan SMS. Untuk kegunaan message sahaja pastinya tidak menggunakan data yang banyak. Tetapi apabila melibatkan penerimaan video, saiz data yang digunakan agak banyak. Jadi cara terbaik untuk jimat data anda adalah dengan mematikan tetapan untuk auto download. Ini bermakna anda boleh pilih sama ada mahu download atau tidak. Atau hanya download apabila ada wifi percuma.
Cara 5 : Matikan pada waktu malam
Matikan data anda apabila anda nak masuk tidur.Â
Cara 6 : Jangan Auto Sync Cloud / Drive
Penyeragaman atau synchronize adalah penting untuk backup dokumen anda. Jika anda menggunakan Dropbox, Google Drive atau yang sama waktu dengannya, adalah baik jika anda tetapkan tetapan untuk seragamkan hanya apabila terdapat sambungan wifi.
Cara 7 : Gunakan aplikasi atau tetapan untuk monitor penggunaan data anda
Gunakan tetapan pada telefon pintar anda untuk melihat penggunaan data anda. Jadi anda boleh membuat anggaran penggunaan anda setiap hari dan setiap bulan.Â
Itulah secara ringkas Cara Jimat Penggunaan Data Internet Pada Smartphone Anda. Jadi, berapakah penggunaan data anda setiap bulan? Berapa pula kos data anda setiap bulan?. Kongsikan jawapan anda di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan