Cara Matikan Kemaskini Automatik Pada Google Play


Sebelum ini saya ada menerangkan cara untuk menjimatkan penggunaan data internet pada telefon pintar kita. Dan salah satu daripada cara yang saya cadangkan adalah untuk mematikan kemaskini pada Google Play. 

Pengeluar aplikasi biasanya akan mengeluarkan aplikasi versi kemaskini berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna aplikasi tersebut. Dan kadang kala kemaskini ini menggunakan data internet anda agak banyak. Lebih-lebih lagi jika kemaskini dilakukan sekaligus untuk banyak aplikasi.

Oleh itu jika anda mengalami masalah kerap kurang data internet setiap bulan, sila cek Google Play anda sama ada tetapan untuk dikemaskini dimatikan atau tidak. Langkah untuk mematikan kemaskini automatik pada Google Play adalah seperti berikut: 

Langkah 1 : Buka aplikasi Googe Play




Langkah 2 : Buka Settings (tetapan)



Langkah 3 : Pilih General - Auto Update Apps



Langkah 4 : Pilih antara 2 pilihan yang anda mahukan. 


Sama ada untuk matikan terus kemaskini automatik ataupun anda boleh buat pilihan untuk kemaskini automatik apabila bersambung dengan wifi sahaja.


Selesai. Kini data internet anda akan lebih jimat kerana tiada lagi kemaskini automatik yang tidak diperlukan.

Terima kasih kerana membaca Cara Matikan Kemaskini Automatik Pada Google Play. Sebarang persoalan boleh diajukan dirauangan komen. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top