Cara Melaksanakan Ibadah Korban Sempena Aidiladha Setiap Tahun


Ramai yang selalu ambil ringan untuk melakukan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha. Sedangkan gaji setiap bulan mencecah empat, lima dan enam angka. Dalam keadaan sekarang, satu bahagian lembu dalam lingkungan RM500 bagi lembu tempatan dan RM350 satu bahagian bagi korban yang dibuat di luar negara.

Tetapi hakikatnya masih ramai yang berkira-kira untuk melakukan korban. Walaupun hukum asas melakukan korban adalah sunat muakkad, tetapi menurut para ulama jika tidak dilakukan dalam keadaan seseorang itu ada kemampuan boleh membawa kepada makruh.

Paling kurang jika kita tak dapat korban seekor lembu, sekurang kurang satu bahagian lembu. Satu ekor lembu dengan 7 nama adalah lebih baik berbanding seekor lembu hanya satu nama.

Mari sama-sama berfikir sejenak, jika satu bahagian RM500, dalam satu bulan kita hanya perlu simpan RM42 sahaja. Dan jika korban di negara luar bahkan lebih rendah. Jadi bagaimana cara nak menjadikan korban sebagai satu ibadah tahunan yang kita mesti buat?

Niat


Bersihkan hati, fikir semula dari mana datangnya rezeki yang kita perolehi. Niatkan untuk melakukan ibadah korban setiap tahun. Kenapa? Setiap perbuatan bergantung kepada niatnya.

Sediakan tabung untuk korban


Maksud sediakan tabung ini tidak semestinya wujudnya tabung khas di rumah kita. Dalam zaman sekarang, buat simpanan khas melalui potongan gaji yang memang diperuntukkan untuk melakukan korban. Potong siap siap RM50 ringgit ke dalam simpanan tersebut bagi tujuan melakukan korban.

Jadikan korban sebagai baget tahunan


Ramai daripada kita memperuntukan cukai jalan, percutian dan banyak lagi sebagai baget tahunan tetapi terlupa bab korban. Sepertimana cukai jalan yang mesti di bayar setiap tahun, jadikan korban juga sebagai perbelanjaan tahunan yang mesti dibayar.

Duit kenaikan gaji dan bonus


Setiap tahun kebanyakan kita ada kenaikan gaji dan bonus. Peruntukkan 1% ke dalam tabung korban kita pun sudah memadai sebagai tambahan kepada potongan bulanan kita.

Itu adalah antara persediaan untuk kita sentiasa dapat melakukan ibadah korban setiap tahun. Bukan apa, takut takut kita dilabel sebagai kufur nikmat, gaji besar tetapi lupa untuk berinfak dengan gaji kita.

Sama-sama kita fikirkan.


Jika kita memang tidak dapat simpan RM50 sebulan untuk diperuntukkan kepada ibadah korban tidak mengapa. Maksudnya kita memang di dalam golongan yang tidak berkemampuan. Tetapi maksudnya kita jugak sepatutnya tidak mampu untuk makan di restoran mewah, beli perkakasan rumah baru, beli kereta baru, tukar telefon baru, beli hartanah sana sini dan sebagainya.

Terima kasih kerana membaca Cara Melakukan Ibadah Korban Setiap Tahun. Berikan pendapat dan komen anda diruangan komen. Salah silap harap dimaafkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top