Sebelum ini saya ada terangkan perkara asas untuk memulakan blog di Blogger.com secara percuma. Dan di dalam artikel tersebut ada dinyatakan bahawa blog kita akan menjadi subdomain kepada blogspot.com.Â
Bagi yang benar-benar serius untuk berblog, adalah dinasihatkan untuk menggunakan nama domain yang eksklusif untuk blog kita. Tambahan lagi jika kita ingin menjana pendapatan dengan menggunakan blog kita.Â
Sebelum menukar domain di blogspot, kita perlulah membeli domain daripada pembekal domain dahulu. Antara yang popular, sangat dipercayai dan mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik adalah Godaddy dan Bluehost. Tetapi jika anda mahukan syarikat tempatan, anda boleh cuba Webserver ataupun Yeahhost. Oleh kerana saya selalu membeli domain di Godaddy (termasuk domain wikicara.org), saya akan tunjukkan cara membeli domain dengan Godaddy.
Langkah 1 : Buat akaun percuma di Godaddy.
Langkah 2 : Buat semakan untuk domain yang anda mahu.
Sediakan beberapa variasi domain yang anda mahu. Ini kerana ada kemungkinan domain yang anda mahu itu telah diambil oleh orang lain. Sebaik-baik domain adalah dot com (.com) jika semua variasi domain anda bagi dot com telah diambil oleh orang lain, anda ada pilihan untuk fikir variasi domain lain atau pilih extension yang lain seperti dot net (.net) atau (.org). Pemilihan juga bergantung kepada kesesuaian konsep blog anda.
Langkah 3 : Setelah anda berjaya buat pilihan, tekan Select Â
Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit, kad debit dan juga Paypal.
Langkah 4 : Buka akaun Blogger dan masuk dalam tetapan blog anda. Tekan tab Setting.
Anda akan dapat perhatikan nama blog dan domain anda yang percuma. Di bawah domain percuma anda akan ada satu link:
+ Setup a 3rd party URL for your blog - Point your own registered URL to your blog.
Pautan ini memberitahu anda bahawa anda boleh guna domain yang anda baru beli di Godaddy untuk redirect ke alamat blog anda.
Setiap kali pembaca tekan domainanda.com, pembaca akan dibawa ke domainanda.blogspot.com. Begitulah konsepnya. Ini bermakna blog anda masih di host oleh Blogger. Anda cuma ubah domain sahaja.
Tekan pada pautan tersebut.
Langkah 5 : Masukkan domain yang anda beli tadi.
Anda akan diberitahu bahawa anda perlu buat tetapan pada pembekal domain. Itulah langkah yang seterusnya.
Langkah 6 : Buka Godaddy, log masuk dan pilih Mange My Domain
Pilih Domain anda dan tekan pada Manage DNS
Langkah 7 : Lihat pada CNames
Edit 2 baris bawah dengan Host dan Point To sepertimana yang diberikan oleh Blogger. Setelah edit, simpan apa yang telah ditukar.
Langkah 8 : Kemudian kembali ke blogger dan masukkan semula domain anda.Â
Selesai. Ia mungkin mengambil masa 24 jam untuk domain anda berfungsi seperti biasa.
Selain itu anda juga boleh gunakan cara seperti dalam video ini untuk memasang custom domain pada blog anda. Cara yang saya kongsikan dalam video ini saya rasa lebih mudah untuk difahami.
Jika anda mempunyai masalah untuk tukar domain anda, boleh berikan persoalan di ruangan komen.
Terima kasih kerana membaca Cara Menukar Domain Percuma Blogspot kepada Domain Sendiri. Kongsikan juga dengan rakan-rakan anda yang memerlukan.
Selamat mencuba!
Ok.. Faham ulasan atas ni,..cuma nak tanya.. Apa pula yg dimaksudkan dgn hosting.. Mcm yg tuan tunjjukkan kat atas ni, x perlukan hosting ke... Sbb sblm ni sy pernah beli domain dan hosting, dan kat hosting tu dia mention available for 2 domain.. Apa maksud dia ya?
BalasPadamHosting ni adalah tempat dimana kita nak simpan data website kita. Ikut pengalaman saya, satu hosting boleh guna untuk beberapa domain (saya sendiri pernah beli domain dan hosting dari Godaddy dan Bluehost). Untuk cara kat atas ni (dan juga apa yang saya praktikkan kat blog ni), saya guna free hosting daripada Blogger je (dengan menjadi subdomain kepada blogspot.com).
PadamUntuk menjadikan url blog lebih cantik, saya hanya beli domain dari supplier (eg: godaddy) dan linkkan pada blog saya ni :-)
Harap penjelasan saya membantu :-) Kalau tak faham boleh tanya lagi hehe
bila kita tukar ke domain sendiri....
BalasPadam1. trafik ke blog kita di kira semula atau di bawa sekali
2. ada effect tak dalam carian google -
3. google adsense utk non-hosting auto approved atau perlu masa untuk di approve oleh google ye
tq
Secara spesifik saya x pasti. Tpi jika ikut pengalaman saya,trafik akan sambung dari yg lama.dari segi carian Google pun xde effect.
PadamGoogle Adsense jika baru nak apply kne apply baru, jika dah Ada akaun non hosted, gune je mcm biase xde masalah.