Cara Ikhtiar Untuk Mudah Hamil

cara ikhtiar untuk mudah hamil

Menjadi idaman setiap pasangan suami isteri untuk mendapat anak selepas mendirikan rumah tangga. Tetapi ada yang bertahun - tahun berkahwin tetapi masih tidak mendapat rezeki anak. Secara mutlak, rezeki anak itu adalah kurniaan Allah. 

Jangan cakap besar semasa bujang

Ramai yang awal-awal lagi merancang bila untuk mendapatkan anak. Bukannya salah untuk merancang, tetapi adakalanya penyataan yang dikeluarkan tu seolah-olah diri sendiri boleh mengawal bila rezeki anak itu datang. Sedangkan semuanya bergantung kepada kehendak yang Maha Pencipta. Bagi yang telah terlepas cakap, bertaubatlah dan mohon keampunan kepada Allah semoga dengan taubat tersebut kita akan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Buat pemeriksaan kesihatan

Bagi yang mengalami kesukaran untuk hamil, pastikan kedua-dua pasangan suami dan isteri membuat pemeriksaan kesihatan. Ini kerana, masalah kesuburan bukan sahaja di alami oleh isteri, kadang kala masalah kesuburan juga di alami oleh para suami. Dalam masa yang sama jangan sesekali menuduh pasangan atas perkara yang berlaku. 

Dalam bidang perbidanan moden, banyak kaedah yang boleh dicuba untuk mendapatkan anak. Ini adalah ikhtiar yang perlu anda lakukan.

Makan makanan berkhasiat

Makanan yang berkhasiat akan memberikan kesuburan kepada badan. Pastikan sentiasa makan makanan seimbang dan sentiasa menjaga berat badan anda. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan juga boleh menjadi faktor kurang kesuburan. Sentiasa bersenam secara konsisten untuk menjaga kesihatan badan.

Sentiasa Berdoa

Sebagai hamba, sentiasalah berdoa. Tanpa jemu. Doalah yang menghubungkan manusia dengan pencipta. 

Baca ebook Rahsia Mudah Hamil

Anda ada pilihan untuk mendapatkan bahan bacaan berkenaan Rahsia Mudah Hamil. Ini adalah sebagai salah satu ikhtiar untuk anda. Buku ini ditulis oleh seorang ibu yang berpengalaman sukar untuk hamil tetapi kemudiannya dengan ikhtiar yang dilakukan, beliau dianugerahkan rezeki anak.

[Baca Ebook : Rahsia Mudah Hamil]


Kebaikan ebook ini:

  1. Ebook ini akan kongsikan rahsia mudah hamil secara semulajadi tanpa memakan ubat subur atau mengambil suntikan hormon.
  2. Ebook ini juga akan beritahu anda cara mengelakkan keguguran supaya bayi anda dilahirkan sihat untuk membahagiakan anda dan keluarga.
  3. Ebook ini juga akan kongsikan bagaimana untuk meningkatkan peratus kejayaan anda untuk berjaya mengandung sebanyak 70% jika anda mahu melakukan rawatan IUI dan IVF.


Keburukan ebook ini:

  1. Secara keseluruhannya, anda hanya berusaha, tetapi rezeki adalah rahsia Maha Pencipta. 
Semoga pembaca yang masih belum dikurniakan anak akan diberikan rezeki anak selepas ini. Aminn.

Terima kasih kerana membaca Cara Ikhtiar Untuk Mudah Hamil. Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top