Cara Meningkatkan Kelajuan Apa Sahaja Jenis Komputer Window. Siapa yang tidak bengang dengan komputer atau laptop yang lembab? Saya sendiri akan berasa tertekan dengan keadaan komputer yang terlalu perlahan responnya. Sebelum saya kongsikan cara untuk meningkatkan kelajuan apa sahaja jenis komputer, kita perlu faham beberapa perkara tentang komputer kita. Secara umumnya, terdapat 2 perkara utama yang memainkan peranan dalam kelancaran operasi komputer kita iaitu processor dan RAM.
Processor adalah watak utama dalam komputer kita yang membolehkan komputer kita beroperasi. Contoh jenama processor yang popular adalah Intel dan AMD.
Ok?
Ada beberapa sebab komputer kita akan menjadi lembab. Antaranya adalah:
- Serangan virus
- Kurang ruangan dalam hard disk
- Kurang RAM
Serangan Virus
Terdapat 2 cara utama virus berjangkit ke komputer kita. Pertama melalui pendrive. Kedua melalui perisian yang pasangkan pada komputer kita. Ada pembangun perisian percuma yang suka menyelitkan virus, spyware atau malware pada perisian yang mereka buat. Ini berkemungkinan untuk mencuri data atau maklumat peribadi anda.
Kurang ruangan hard disk
Jika anda baru sahaja membeli komputer anda, ruangan yang biasa dibekalkan paling kurang adalah 250GB dan boleh mencecah 1TB. Sekiranya hard disk anda terlalu penuh dah hanya ada ruangan kurang dari 10% dari jumlah ruangan, komputer anda akan mula 'berat' dan kurang responsive.
Kurang RAM
RAM berfungsi untuk membolehkan anda melakukan 'multi-tasking' dalam satu-satu masa. Lebih rendah RAM komputer anda, lebih sukar untuk komputer tersebut melakukan multi tasking.Â
Ok? Baca seterusnya..
Ini adalah cara yang saya amalkan untuk meningkatkan kelajuan komputer saya. Cara untuk meningkatkan kelajuan apa sahaja jenis komputer window adalah:
Scan untuk mengenalpasti virus komputer
Anda suka atau tidak, virus komputer itu memang wujud dan kita perlu membuat persediaan untuk menghadapinya. Scan komputer anda untuk mengesan virus secara berkala untuk memastikan komputer anda tidak dijangkiti virus. Virus komputer yang tidak dipulihkan boleh menyebabkan kerosakan pada komputer yang lebih teruk. Pilih antivirus yang tidak terlalu berat untuk komputer anda. Tiada masalah untuk menggunakan antivirus percuma seperti AVG Free Edition.
Uninstall program yang jarang digunakan / yang tidak 'dikenali'
Buka Control Panel dan pilih Uninstall a Program. Lihat senarai perisian yang ada dalam komputer anda. Mana-mana perisian yang jarang digunakan atau tidak dikenali hendaklah dibuang. Perisian yang tidak dikenali berkemungkinan adalah malware yang terpasang secara automatik ke dalam komputer anda. Perisian yang terlalu banyak juga akan menyebabkan hard disk anda penuh dan 'berat' untuk respon.Buat Disk Defragment
Disk Defragmenter adalah tool yang ada di dalam komputer anda yang bertujuan untuk 'menyusun' penyimpanan fail-fail di dalam hard disk komputer anda. Fail-fail yang tersusun akan menyebabkan komputer kita dapat beroperasi dengan lebih lancar.
Disk Cleanup
Disk Cleanup adalah perisian yang sedia ada dalam semua komputer window yang bertujuan untuk mengesan perisian atau data yang telah tidak digunakan tetapi masih ada dalam komputer anda. Sebagai contoh anda uninstall satu perisian daripada komputer anda, perisian tersebut telah dipadamkan tetapi data perisian tersebut mungkin masih ada dalam komputer anda.Â
Untuk melakukan Disk Cleanup, mula-mula buka My Computer. Tekan butang kanan tetikus pada partition disk yang anda nak bersihkan. Biasanya partition yang anda pasangkan Window di dalamnya. Kemudian tekan pada Properties.
 Â
Kemudian, tekan pada Disk Cleanup. Perisian ini kemudiannya akan scan semua fail di dalam disk anda. Masa yang diperlukan bergantung kepada berapa besar ruangan penyimpanan disk anda dan data serta fail yang ada di dalam disk tersebut. Biasanya mengambil masa 1 - 5 minit.
Setelah scan selesai, keputusan akan dipaparkan. Senarai hasil scan yang diberikan adalah fail-fail yang anda boleh padamkan dan tidak menjejaskan komputer anda.
Untuk melakukan Disk Cleanup, mula-mula buka My Computer. Tekan butang kanan tetikus pada partition disk yang anda nak bersihkan. Biasanya partition yang anda pasangkan Window di dalamnya. Kemudian tekan pada Properties.
 Â
Kemudian, tekan pada Disk Cleanup. Perisian ini kemudiannya akan scan semua fail di dalam disk anda. Masa yang diperlukan bergantung kepada berapa besar ruangan penyimpanan disk anda dan data serta fail yang ada di dalam disk tersebut. Biasanya mengambil masa 1 - 5 minit.
Setelah scan selesai, keputusan akan dipaparkan. Senarai hasil scan yang diberikan adalah fail-fail yang anda boleh padamkan dan tidak menjejaskan komputer anda.
Kenalpasti RAM komputer anda
Secara umumnya lagi tinggi RAM lagi bagus. Jika RAM anda rendah (~1G), jangan buka program terlalu banyak dalam satu masa. Biasanya RAM boleh ditambahkan secara add-on untuk komputer kita. Untuk mengenalpasti RAM komputer anda, buka My Computer, kemudian tekan butang kanan tetikus anda di mana-mana bahagian dan pilih Properties. Anda akan dipaparkan maklumat berkenaan sistem operasi komputer, maklumat processor dan juga maklumat RAM. Jika RAM komputer anda terlalu rendah (1G atau kurang), ada baiknya anda add on RAM komputer anda.Ini adalah antara perkara-perkara yang boleh kita lakukan jika komputer kita mula kurang responsive. Jika semua perkara di atas telah anda lakukan tetapi komputer anda masih kurang responsive, ada baiknya anda backup semua fail dan data yang penting dan format komputer anda.
Selamat mencuba!
Terima kasih kerana membaca Cara Meningkatkan Kelajuan Apa Sahaja Jenis Komputer Window. Berikan pendapat anda tentang artikel ini dan jika anda ada cara yang lebih baik untuk meningkatkan kelajuan komputer, kongsikan diruangan komen.
good sharing
BalasPadam