Cara Beli Ubat Online - Kempen Kesedaran Pembelian Ubat Online

Cara Beli Ubat Online - Kempen Kesedaran Pembelian Ubat Online

Penjualan dan pembelian ubat secara online kini semakin menjadi trend di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda. Dalam membantu masyarakat dalam pemilihan ubat yang selamat dan berkualiti, pihak Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah menjalankan Kempen Kesedaran Pembelian Ubat Online. Tujuan utama kempen tersebut dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada orang awam berkaitan risiko pembelian ubat online yang mungkin tidak diketahui disamping itu juga mendidik pengguna untuk dalam pemilihan produk kesihatan yang dijual secara atas talian. 

Ok.

Pada kali ini, saya ingin kongsikan serba sedikit tentang Kempen Kesedaran Pembelian Ubat Online. Sebelum kita membeli ubat atau produk kesihatan secara online ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Selamatkah produk yang saya nak beli secara online?

Untuk mengetahui keselamatan sesuatu produk kesihatan, kita perlu kembali kepada asasnya iatu dengan membuat semakan status pendaftaran produk dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Setiap produk yang berdaftar adalah dijamin dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanannya oleh pihak KKM. 

Bagaimana cara semakan status pendaftaran produk?

Semakan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan juga melalui laman web rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Di Malaysia, semua produk yang berdaftar mempunyai 2 ciri utama iaitu nombor pendaftaran MAL dan juga pelekat hologram. Secara umumnya, produk kesihatan yang mempunyai 2 ciri ini adalah dikategorikan sebagai produk berdaftar. 

Cara Beli Ubat Secara Online

Bagaimana mengenali no pendaftaran yang asli?

Untuk setakat ini, pengguna hanya boleh mendapat kepastian melalui semakan di laman sesawang BPFK atau BPF. Ini bermakna, sebelum kita membuat sebarang pembelian ubat melalui online, kita digalakkan untuk membuat semakan di laman-laman tersebut. 

Apa bahayanya pembelian ubat secara online?

Antara sebab utama bahayanya pembelian ubat secara online adalah:

  • Mudah berlaku penipuan
  • Ubat tiruan
  • Nasihat dan cara penggunaan yang mungkin salah
  • Keselamatan yang mencurigakan.
  • Sekiranya berlaku kesan sampingan sukar untuk mendapatkan ganti rugi

Jika anda mahu membeli ubat secara online, pastikan:

  • Membeli ubat yang dikategorikan sebagai over-the-counter (OTC), tradisional dan suplemen kesihatan sahaja (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). No. MAL yang diakhiri dengan A adalah dikategorikan sebagai ubat terkawal (memerlukan preskripsi). Semak pendaftaran produk di sini.
  • Ubat yang memerlukan preskripsi tidak boleh dijual secara online. Ubat preskripsi hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.
  • Dapatkan ubat daripada laman web yang dikendalikan oleh ahli farmasi yang berlesen sahaja. Sila semak di sini.
  • Elakkan membeli ubat dari laman web luar negara.
  • Jangan terpedaya dengan iklan dengan janji-janji manis. Semak iklan yang telah diluluskan di sini.
  • Perlu diingatkan pembelian ubat secara online daripada sumber yang tidak sah berkemungkinan anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicemari racun berjadual yang boleh memudaratkan nyawa anda. Semakan produk yang dikesan mengandungi racun berjadual boleh di semak di sini.
Cara Beli Ubat Online - Kempen Kesedaran Pembelian Ubat Online

Walau bagaimanapun, saya pasti kempen ini diadakan adalah dengan tujuan supaya pengguna membeli ubat-ubatan dari sumber yang betul dan dipercayai demi keselamatan pengguna itu sendiri. Sama-sama kita pastikan setiap ubat yang kita beli adalah selamat, berkesan dan berkualiti.

Terima kasih kerana membaca Cara Beli Ubat Secara Online - Kempen Kesedaran Pembelian Ubat Online. Bagus atau tidak membeli ubat secara online? Berikan pendapat anda di ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top