Cara Elak Kucing Kencing Di Kereta

Cara Elak Kucing Kencing Di Kereta

Baru-baru ini saya ditimpa masalah kucing jiran selalu kencing di kereta. Penat kita baru basuh kereta berkilat, tiba-tiba dikencingkan oleh kucing. Perbuatan kucing ini sebenarnya adalah untuk menanda kawasan. Ye lah sekarang ni, di taman tempat saya tinggal kelihatan seperti musim mengawan kucing, jadi ramailah kucing-kucing jantan akan tanda kawasan jajahan mereka masing-masing. Pada kali ini saya ingin kongsikan cara-cara untuk mengelakkan kucing kencing di kereta.

Cara Pertama : Belerang

Beli sedikit belerang dari kedai, kemudian anda taburkan sedikit di penjuru dinding-dinding rumah anda, di pagar rumah dan juga di kawasan  tempat letak kereta. Letakkan lebih sedikit di kawasan yang selalu dikencing oleh kucing tersebut. Seperti yang kita maklum, belerang sifatnya panas. Ia akan menjadikan kucing tidak gemar untuk datang ke rumah kita. Selain menghalau kucing, ia juga boleh menghalau serangga berbisa seperti lipan dan ular dari datang memasuki kawasan rumah kita.

Cara Kedua : Cuka

Seperti kaedah menggunakan belerang, tuangkan cuka di kawasan yang menjadi tumpuan kencing kucing. Cuka juga bersifat tajam dan mengeluarkan bau yang tidak digemari oleh kucing.

Cara Ketiga : Lada Hitam 

Cara ini anda boleh buat sendiri secara DIY. Anda tumbuk sedikit lada hitam dan kemudiannya campurkan ke dalam air panas. Apabila sudah sejuk bolehlah disemburkan di kawasan yang terlibat dengan kencing kucing tadi. Satu tektik yang saya ada cuba adalah dengan membeli pistol air. Apabila nampak kucing yang disyaki lalu di kawasan rumah, saya akan tembak sedikit ke arah kucing tersebut sebagai amaran jangan kencing di rumah ini lagi.

Cara Keempat : Serai Wangi

Mungkin juga anda semua boleh cuba menggunakan Semburan Serai Wangi. Semburkan di kereta dan kawasan letak kereta. Bau serai wangi akan menghindarkan kucing dari kencing di kereta anda

Cara Kelima : Cat Repellant

Boleh cuba dapatkan di pusat beli belah, produk jenis penghalau kucing iaitu Cat Repellant. Agak sukar untuk mencarinya sebenarnya. Tetapi sekiranya anda bertemu dengan produk tersebut, bolehlah dicuba. Dan setakat yang saya cuba, teknik cat repellant ini agak berkesan.


Sekian sahaja perkongsian saya. Walau apapun teknik yang anda cuba, baca lah selawat dan mohon bantuan dari-NYA semasa anda sedang melakukan teknik-teknik yang saya ada kongsikan ini agar masalah kucing kencing dapat diselesaikan. Semoga kita bersama dapat manfaat. 

Terima kasih kerana membaca Cara Elak Kucing Kencing Di Kereta. Kongsikan cara anda mengelak kucing daripada kencing di kereta anda di ruangan komen.

2 ulasan:

Back To Top