Bagaimanakah cara untuk membina blog yang cepat loading? Ok. Katakan anda masuk ke sebuah blog, berapa lamakah anda boleh tunggu untuk blog tersebut loading? 1 minit? Jika anda sanggup tunggu sehingga 1 minit, anda memang betul-betul orang yang penyabar atau kandungan blog tersebut memang sangat sangat sangat sangat bagus. Pada saya sendiri, saya tidak boleh menunggu sesuatu blog atau page lebih daripada 10 saat. Itu pun dah kira sangat lama. Dalam kajian, sebaik-baik blog atau laman web mesti dapat loading paling lambat 3 saat untuk memastikan pembaca selesa dan statistic blog kita dalam keadaan baik. 3 saat yang dimaksudkan adalah apabila talian internet anda dalam keadaan baik. Jika talian internet kita sendiri tidak stabil, adalah tidak adil untuk kita menyalahkan blog tersebut.Â
Apakah kepentingan Membina Blog Yang Cepat Loading?
Blog yang cepat loading adalah penting untuk menarik pembaca dan menarik pembaca kembali ke blog kita semula dimasa akan datang. Jika blog kita lambat loading, pastinya pembaca dengan cepatnya meninggalkan blog kita dan bagi blog yang menjual, pastinya tidak baik untuk jualan mereka.
Kali ini saya akan kongsikan berkaitan beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk Membina Blog Yang Cepat Loading.
Pertama : Gambar Dalam Blog
Gambar sememangnya salah satu daripada tarikan untuk pembaca masuk ke laman web atau blog kita. Tetapi jika gambar-gambar tersebut terlalu besar saiznya, gambar-gambar tersebut akan menyebabkan blog kita lambat untuk loading. Salah satu cara untuk mengoptimasikan gambar sebelum digunakan dalam blog adalah dengan menggunakan perisian percuma daripada Microsoft Offiece. Untuk mengetahu cara compress gambar, saya ada terangkan dalam artikel sebelum ini : Cara compress gambar di Microsoft Office.Â
Secara ringkasnya, semasa anda compress gambar di Microsoft Office, anda buat pilihan gambar untuk kegunaaan Webpage agar saiz dan pixel gambar tersebut akan dioptimisekan untuk laman web. Tidak kiralah sama ada gambar dalam blogpost anda atau header anda, pastikan ianya telah optimasikan untuk webpage. Gambar yang telah dioptimise akan mempunyai saiz yang kecil tetapi tetap mempunyai kualiti yang baik (kecuali blog anda adalah blog fotografi, mungkin anda terpaksa gunakan gambar sebenar di dalam blog anda). Saiz yang kecil secara langsung akan memudahkan blog anda diloading.

Kedua : Susunan blog
Jika blog anda mempunyai homepage, homepage yang terlalu padat pun boleh menyebabkan blog atau laman web anda loading dengan lambat. Untuk menjadikan blog anda mudah untuk loading, pastikan susunan homepage dan widget dalam keadaan baik dan teratur serta tidak terlalu banyak.Â
Setiap homepage biasanya memaparkan beberapa artikel terkini yang anda terbitkan. Untuk membantu blog anda loading dengan cepat, anda kurangkan paparan artikel terkini. Jangan terlalu banyak. Jika pembaca nak tahu lebih lanjut, pembaca boleh tekan 'older post' atau masuk ke arkib blog anda.
Ketiga : Tema Blog
Selain daripada mempunyai tema blog yang responsive, tema yang 'ringan' juga penting untuk membina blog yang cepat loading. Anda boleh cari di Google, banyak laman web yang membekalkan tema blog sama ada yang boleh di muat turun secara percuma atau berbayar. Salah satu yang kerap saya gunakan adalah laman web Templateify. Saya cadangan, cari tema yang ringkas tanpa 'slider'. Slider mungkin menjadikan blog anda kelihatan cool tetapi dalam masa sama mungkin akan menyebabkan blog anda lambat loading.
Itulah sebahagian cara membina blog yang cepat loading. Perkara yang paling penting adalah, pastikan blog anda berada dalam keadaan yang ringkas. Orang kata 'just nice'. Blog yang mempunyai konsep yang ringkas dapat membantu blog anda untuk lebih cepat loading. Dan hasil daripada blog yang cepat loading adalah blog akan disukai oleh lebih ramai pembaca.
Untuk menguji kepantasan blog anda laoding, anda boleh pergi ke Pingdom Tools. Saya baru sahaja test untuk blog ini dan hasilnya, loading time blog ini adalah:
Terima kasih kerana membaca Cara Membina Blog Yang Cepat Loading. Sekiranya anda ada cara tambahan untuk membina blog yang cepat loading, boleh kongsikannya bersama di ruangan komen.
Keempat : Iklan
Saya pernah jumpa blog yang dipenuhi pelbagai banner iklan dan anda pun mungkin juga pernah jumpa. Apa yang saya nak beritahu adalah, pautan iklan yang terlalu banyak juga boleh menyumbang kepada masa loading blog yang perlahan. Minimumkan iklan di blog anda dan fokus kepada memberi pengetahuan kepada para pembaca.ÂItulah sebahagian cara membina blog yang cepat loading. Perkara yang paling penting adalah, pastikan blog anda berada dalam keadaan yang ringkas. Orang kata 'just nice'. Blog yang mempunyai konsep yang ringkas dapat membantu blog anda untuk lebih cepat loading. Dan hasil daripada blog yang cepat loading adalah blog akan disukai oleh lebih ramai pembaca.
Untuk menguji kepantasan blog anda laoding, anda boleh pergi ke Pingdom Tools. Saya baru sahaja test untuk blog ini dan hasilnya, loading time blog ini adalah:
Terima kasih kerana membaca Cara Membina Blog Yang Cepat Loading. Sekiranya anda ada cara tambahan untuk membina blog yang cepat loading, boleh kongsikannya bersama di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan