Cara Memilih Telefon Pintar Yang Sesuai Berdasarkan Tabiat Penggunaan

Cara Memilih Telefon Pintar Yang Sesuai Berdasarkan Tabiat Penggunaan Anda

Cara Memilih Telefon Pintar Yang Sesuai Berdasarkan Tabiat Penggunaan. Rata-rata orang akan menukar telefon pintar mereka dalam jangka masa 2 tahun. Jangka masa ini adalah berdasarkan pemerhatian orang sekeliling dan diri saya sendiri dan bukannya rujukan dari mana-mana sumber. Apapun, setiap orang pastinya akan membuat sedikit kajian berkaitan telefon pintar yang akan mereka beli sebelum mereka pergi ke kedai untuk membeli ataupun beli secara atas talian.

Ok..Pada kali ini saya nak berkongsi berkaitan salah satu laman yang disediakan oleh Google sendiri untuk anda memilih telefon pintar jenis android yang sesuai dengan tabiat penggunaan anda. Jika anda pernah menggunakan laman memilih telefon pintar lain, kebanyakannya pemilihan diberikan berdasarkan spesifikasi telefon pintar yang dimahukan oleh pengguna, tetapi masalahnnya adalah tidak semua pengguna faham dengan spesifikasi yang ada, malah ada yang tidak kisah dengan spesifikasi telefon tersebut dan hanya memandang semata-mata kepada bentuk dan warna telefon. 

Laman yang saya ingin kongsikan adalah di Android.com (Which phone). 

Jika anda masuk ke laman tersebut anda akan diberikan pilihan untuk memilih 3 tabiat penggunaan telefon ada dan pada hujungnya anda akan diberikan pilihan telefon yang sesuai dengan diri anda. Bagi negara luar lain, mereka terus boleh membeli di Google Store tetapi perkhimatan tersebut tidak disediakan untuk rakyat Malaysia. Jadi bagi rakyat Malaysia laman ini hanya berfungsi untuk menentukan pilihan telefon pintar yang sesuai dengan tabiat diri mereka. 

Jika anda nak beli telefon pintar selepas membuat pilihan menggunakan laman web ini, anda boleh beli secara atas talian di Lazada ataupun boleh beli di kedai berhampiran anda. 

Untuk memahami lebih lanjut lagi, boleh tengok video pendek yang saya telah sediakan. Ini adalah contoh bila saya menggunakan laman ini. 


Terima kasih kerana membaca Cara Memilih Telefon Pintar Yang Sesuai Berdasarkan Tabiat Penggunaan. Berikan komen anda dan kongsikan hasil telefon pintar pilihan anda di ruangan komen. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top