Tiada siapa yang sukakan SMS SPAM. Tahukah anda cara untuk menghentikan SMS SPAM yang diterima? Sebelum ini saya ada kongsikan cara untuk mengenal jenis SMS yang diterima berdasarkan kod awalan. Secara ringkasnya terdapat beberapa jenis kod awalan SMS perkhidmatan yang biasa kita terima.
Kod Awalan Perkhidmatan Pembekal Kandungan (3****)
Sekiranya
SMS bermula dengan nombor 3, maka ia adalah SMS yang dihantar oleh
pembekal kandungan yang meminta pelanggan untuk melanggan perkhidmatan
mereka. Sebagai contoh melanggan video, nada dering dan sebagainya. Sekiranya kita setuju untuk melanggan perkhidmatan yang mereka
tawarkan, maka kita akan dikenakan caj atas setiap langganan tersebut
sama ada secara bulanan ataupun setiap kali SMS diterima.
Walaupun SMS jenis ini sebenarnya tidak dikategorikan sebagai SPAM, tetapi ia boleh
menyebabkan kita secara tidak sengaja akan melanggan dan dikenakan bayaran melalui potongan kredit atau bil. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan SMS yang bermula dengan kod awalan nombor 3.
Jadi, pada kali ini saya akan kongsikan kepada semua, apa yang kita boleh lakukan bagi menghentikan SMS sebegini dan kod arahan lain yang berkaitan.
Kod arahan pertama (STOP)
Kod arahan kedua (OUT)
Kod arahan ketiga (STOP ALL)
Kod arahan keempat (HELP)
Diharapkan perkongsian saya ini memberi manfaat kepada pembaca di luar sana. Jadi sekiranya anda sering dikenakan caj dari SMS langganan maka anda bolehlah cuba gunakan kod arahan yang saya kongsikan tadi. Semoga masalah kredit kita ditolak secara tidak sengaja ini dapat diselesaikan.Â
Terima kasih kerana membaca Cara Menghentikan SMS SPAM Yang Diterima. Adakah kod-kod yang saya kongsikan membantu anda? Berikan komen anda di ruangan komen.
Terima kasih kerana membaca Cara Menghentikan SMS SPAM Yang Diterima. Adakah kod-kod yang saya kongsikan membantu anda? Berikan komen anda di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan