Cara Mendapatkan Baucer KFC Percuma

online survey malaysia

Bagaimana cara untuk mendapatkan baucer KFC secara percuma? Ini adalah soalan yang pernah ditanyakan kepada saya tatkala saya menggunakan baucer KFC untuk membeli makanan di KFC. Sebenarnya sudah agak lama saya menggunakan baucer bagi pembelian di KFC. Malah baucer tunai tersebut boleh juga digunakan di Pizza Hut dan Rasamas. Cuma perlu pastikan baucer tersebut digunakan sebelum tarikh luputnya.

Ok.


Nak Baucer KFC Percuma?

Sebenarnya senang sahaja untuk mendapatkan baucer KFC secara percuma. Apa yang saya buat adalah dengan mengisi survey di laman Valued Opinion. Setakat in saya sudah dapat baucer KFC bernilai RM120 daripada Valued Opinion sejak saya sertainya. 

survey online malaysia
Paparan Lama Valued Opinion

survey online malaysia
Paparan terbaru Valued Opinion

Memperkenalkan Valued Opinions

Saya pasti ramai yang berpandangan serong dengan aktiviti menjawab survey secara online. Saya pun pada mulanya rasa teragak-agak untuk sertainya, tetapi sebenarnya, kita tidak akan rugi apa-apa pun kerana tiada bayaran dikenakan untuk menyertai platform menjawab survey online. Terdapat beberapa laman web menjawab survey di Malaysia yang benar-benar memberikan bayaran untuk setiap kali kita menjawab survey. Salah satunya adalah Valued Opinion. Walaubagaimana pun, Valued Opinion membayar peserta sama ada dengan baucer KFC dan baucer-baucer lain. Tetapi ada laman web yang membayar peserta dengan tunai melalui paypal atau cek.


Sebelum ini, saya pernah berkongsi berkaitan bagaimana saya menerima bayaran daripada Toluna dan Globaltestmarket kerana menjawab survey online.

Anda boleh baca artikel tersebut di sini:

Berapa lama saya perlu tunggu sebelum dapat baucer KFC?

Setiap survey yang perlu kita jawab biasanya akan dibayar diantara RM3-RM7 tetapi ada juga yang memberikan bayaran yang lebih tinggi. Kita akan dapat redeem baucer KFC apabila kita sudah mengumpul RM30 dalam akaun kita. Dengan nilai RM30 kita akan dapat redeem sama ada baucer KFC bernilai RM30 atau baucer Jusco bernilai RM30.

Cuma sekarang saya kurang rajin untuk jawab survey kerana agak sibuk dengan menguruskan blog ini. Bagi saya, kekurangan utama menjawab survey online adalah ianya memakan masa yang agak lama untuk menjawab survey. Setiap survey mungkin mengambil masa sehingga 30 minit untuk diselesaikan. 

Jika anda masih kurang faham, sila tonton video yang saya sediakan di bawah ini sehingga habis untuk mendapatkan pencerahan 👇👍



Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu kepada sesiapa yang teringin 'makan percuma di KFC'. Sekiranya ada sebarang kemusykilan bolehlah dikemukakan di ruangan komen. Anda boleh mendaftar di Valued Opinion secara percuma di link ini - Valued Opinion

Terima kasih kerana membaca Cara Mendapatkan Baucer KFC Percuma. Jangan lupa follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan, saya cuba untuk daftar di website Valued Opinion ni. Tapi pada petak ZIP code tu sepatutnya isi apa? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam puan. Em saya dah cuba go thruogh semula pendaftaran di valued opinion, tapi saya tak jumpa zipcode yang puan maksudkan. Postal code ada la..boleh puan terangkan masalah puan dengan lebih jelas?

      Padam
    2. Puan boleh lihat proses pendaftaran di video ini : https://youtu.be/7fWjbJavNbQ

      Padam
  2. salam, bagaimana untuk menjadikan profile 100% complete kerana saya hanya dapat 95% sahaja, di bahagian sebelah kiri tertera (travel 0%) dan tidak boleh ditekan lagi. kenapa ya. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. saya tekan travel pada profile saya ok pula..cube log in semula..

      Padam
    2. oh saya dah cuba dah..walaupun dah complete dia tetap tak hilang yang travel tu..problem website tu kot..

      btw..sy punye profile pun x 100% tapi jemputan survey ada juga :-)

      Padam
  3. Poskod tu bukan poskod sebenar. Maksdnye macam ni..contoh poskod rumah saya adalah 84050 tapi bile masukkan postal kod xboleh..sebab bile cek kat pos laju postal kod saya sebenarnya adlah 84000..cube nisa cek poskod kawasan nisa di poslaju..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Saya oku pekak. Saya x faham buat kan. Maaf. Bagi saya ...ok

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kepada KFC yng di perak Saya ingin mohon pertolongan untuk ank Saya yng oku sebb kan ank Saya dia sedang kan nk baucar secara percuma di gerik perak malaysia Saya harap baucar ni dapat untuk ank Saya rasa mcm budak lain dapat mkn sedap Dari KFC

    BalasPadam

Back To Top