Cara Membeli Buku Secara Online dengan Mudah dan Murah

 Membeli Buku Secara Online dengan Mudah dan Murah

Anda pernah membeli buku secara online? Bagi penggemar buku seperti saya, membeli buku di kedai kadang-kadang memerlukan masa yang lama dan juga menyebabkan saya rambang mata dengan buku-buku yang ada di kedai buku. Selain itu, kadang-kala tidak semua buku yang kita cara ada di kedai buku tersebut. 

Ok..

Bagi yang mengalami masalah yang sama dengan saya, kita ada cara altenatif untuk membeli buku iaitu dengan membeli buku kegemaran kita dari atas talian.

Kali ini saya akan kongsikan dua (2) laman web yang menjual buku secara atas talian yang agak kerap saya gunakan untuk membeli buku. Laman sesawang yang saya pilih ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa membeli buku di laman tersebut.

Bukuonline2u

Dalam laman sesawang ini banyak menjual buku-buku islamic dan motivasi. Daripada buku yang paling asas sehingga kitab-kitab ada dijual di laman tersebut. Jika kita hendak membeli buku-buku berbentuk keagamaan dan kerohanian, di Bukuonline2u ada memberikan pelbagai pilihan. Malah semasa saya nak beli doorgift untuk majlis perkahwinan saya, saya beli daripada Bukuonline2u. 

Untuk membeli buku di laman ini, kita hanya perlu mendaftar akaun secara percuma dan kemudian kita boleh membuat belian sama seperti kita membeli belah benda lain secara atas talian. Setelah pembayaran dibuat, buku tersebut akan diposkan ke alamat anda.


Bookcafe merupakan kedai buku yang dimiliki oleh PTS Bookcafe Sdn Bhd. dan merupakan anak syarikat PTS Media Group Sdn Bhd. Oleh kerana itu, laman pembelian buku online ini amat dipercayai dan pilihan buku-buku juga sangat banyak. Menurut pihak Bookcafe, terdapat lebih daripada 2000 koleksi buku-buku yang boleh dipilih dan dibeli secara atas talian. 

Buku Secara Online dengan Mudah dan Murah


Lain-lain kedai buku online yang anda boleh cuba adalah:

  • MPH Online
  • Popular
  • Kedai-Buku

Kenapa perlu beli buku secara online?

1. Penjimatan masa

Daripada membuang masa untuk pergi ke kedai buku (kerana kedai buku jauh dari rumah saya), lebih baik saya membuat pembelian secara atas talian kerana lebih cepat dan 

2. Kos minyak 

Oleh kerana saya tidak perlu pergi ke mana-mana, tiada kos pengangkutan diperlukan untuk membeli buku secara atas talian.

Jika anda ingin membeli buku secara atas talian, saya cadangkan beli daripada 2 laman web ini. Untuk pengetahuan anda, Bookcafe kini sedang menjalankan promosi penghabisan stok hujung tahun 2015 dengan kadar diskaun sehingga 80%! Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku pilihan anda sekarang!




Ok?

Jika anda membeli buku secara online daripada laman web yang lain, anda boleh kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Terima kasih kerana membaca Cara Membeli Buku Secara Online. Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top