Buat Duit Dengan Bisnes Printing? Sebelum ini saya memang pernah berangan-angan untuk memulakan bisnes printing saya sendiri. Tetapi atas sebab kekangan masa, saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuat bisnes printing saya sendiri.Â
Kenapa bisnes printing menarik minat saya?
Modal yang rendah untuk bermula
Bagi memulakan bisnes printing, modal yang diperlukan adalah sangat rendah atau langsung tiada. Tetapi modal utama yang perlu ada untuk mereka yang nak buat duit dengan bisnes printing adalah modal ILMU.Â
Sentiasa ada permintaan
Bisnes printing sebenarnya adalah salah satu model bisnes yang 'evergreen' dimana sentiasa ada permintaan. Dan saya percaya semakin hari semakin banyak permintaan untuk perkhidmatan printing ini. Antara permintaan untuk bisnes printing adalah:
- Perkahwinan - Saya perhatikan semakin hari semakin menjadi-jadi trend baju rewang atau baju keluarga dalam majlis perkahwinan. Dan saya percaya trend ini akan terus berkembang. Selain itu juga, kad kahwin merupakan seuatu yang wajib di cetak dan ini adalah peluang yang terbentang luas untuk pengusaha bisnes printing.
- Majlis keraian - Tidak ketinggalan majlis-majlis keraian biasanya memerlukan pelbagai perkhidmatan printing seperti T-Shirt, banner, bunting dan lain-lain lagi.
- Sukan - Program sukan juga antara penyumbang kepada perkembangan bisnes printing. Setiap program sukan pastinya akan mempunyai t-shirt program sendiri dan ini merupakan peluang untuk para pengusaha bisnes printing.
- Pengiklanan - Setiap perniagaan pastinya memerlukan iklan sama ada dalam bentuk bunting, flyers, dan lain-lain medium lagi. Dan semua ini memerlukan perkhidmatan printing.
- Bisnes kad - Setiap ahli perniagaan memerlukan bisnes kad. Setiap hari pastinya akan ada perniagaan baru yang muncul dan setiap kali itu jugalah, peluang untuk para pengusaha bisnes printing.
Peluang buat bisnes printing secara online
Ini merupakan sesuatu yang baru saya ketahui, sebenarnya kita boleh buat duit dengan bisnes printing secara online. Bagaimana? Apa yang saya faham adalah, ianya seolah-olah menggunakan konsep dropship. Kita cari pelanggan, kemudian pelanggan membuat bayaran kepada kita dan kemudian baru kita membuat tempahan dengan syarikat ketiga untuk cetakan yang diperlukan oleh pelanggan kita. Nak tahu cara buat bisnes printing secara online baca di sini.Â
Sebelum ini saya tidak tahu pun berkenaan cara membuat bisnes printing dengan kaedah begini. Jika nak tahu lanjut  boleh baca di sini. Jika menggunakan konsep bisnes printing secara online ini, kita tidak perlukan apa-apa modal untuk memulakan bisnes printing kita sendiri. Malah kita tidak memerlukan sebarang mesin, pekerja ataupun kilang khas untuk pencetakan!
Atas 3 sebab inilah mengapa bisnes printing amat menarik minat saya. Tetapi yang paling menarik adalah sebab yang ketiga kerana kita boleh memulakan bisnes printing dengan lebih mudah dan sesuai untuk orang seperti saya yang kurang masa untuk menyediakan bisnes printing saya sendiri.Â
Jika anda seperti saya ingin memulakan bisnes printing tanpa modal, mesin atau pekerja. Anda perlu baca maklumat penuh ini. Selain itu anda juga boleh melihat pengiraan kos dan keuntungan yang boleh anda perolehi dengan bisnes printing di sini.
Saya harap saya pun boleh menjadi salah seorang pengusaha bisnes printing yang berjaya di masa hadapan.
Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Dengan Bisnes Printing. Follow saya di Facebook dan Google+  untuk memberikan saya semangat untuk terus menulis. Terima kasih.
Ya tuan. Bisnes printing memang mendapat sambutan. Kita membantu mereka yang memerlukan t-shirt sebagai tanda kenang-kenangan seperti majlis kenduri kahwin. Di samping dapat sedikit keuntungan.
BalasPadam