Cara Menyediakan Kalendar Editorial dan Kepentingannya

Kalendar Editorial

Tahukan anda apa itu kalendar editorial? Kalendar editorial atau dalam bahasa Inggerisnya Editorial Calendar merupakan satu sistem atau jadual yang disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada penulis blog bila tarikh dan masa untuk menerbitkan sesuatu post atau artikel dalam blog mereka. Tidak kira sama ada anda blogger sepenuh masa atau part time blogger, kalendar editorial adalah penting untuk menjadikan blog kita lebih teratur dan kita akan lebih tenang menjadi seorang blogger.

Kalendar editorial boleh disediakan dalam bentuk mingguan, bulanan mahupun tahunan. Tetapi pada saya kalendar editorial yang terbaik adalah dalam bentuk mingguan. Ini adalah kerana ianya tidak terlalu padat dan juga lebih spesifik. Selain itu juga, dengan menggunakan kalendar editorial, kita dapat menyeragamkan bilangan artikel yang kita post ke dalam blog. Kalendar editorial juga adalah sebagai dateline bagi artikel-artikel yang akan kita terbitkan.

Apa butiran yang perlu ada dalam kalendar editorial?

Tiada format yang tetap untuk kalendar editorial tetapi beberapa butiran mesti ada dalam kalendar editorial iaitu tarikh dan hari serta tajuk artikel. Lain-lain perkara yang boleh ditambahkan adalah masa untuk artikel tersebut diterbitkan dan tag atau label artikel anda.

Perkara pertama yang perlu anda fikirkanlah sebelum menyediakan kalendar editorial.

Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah berapa banyak anda nak terbitkan artikel dalam seminggu. Satu? Dua? Setiap hari? Dua kali sehari? Semuanya bergantung kepada anda. Tetapi anda perlu pastikan ianya boleh dicapai dan tidak menjadi beban kepada anda. Dan dalam masa sama, kualiti artikel yang anda sediakan tidak menurun sekiranya anda memilih untuk kerap menerbitkan artikel.

Brainstorming

Brainstorming adalah langkah ke dua dalam menyediakan kalendar editorial. Ini bermakna anda perlu memikirkan beberapa topik atau tajuk untuk di tulis sebagai artikel di masa hadapan dan kemudian akan dituliskan ke dalam kalendar editorial. Brainstorming tidak semestinya dilakukan dihadapan komputer. Idea penulisan boleh datang bila-bila masa, apa yang penting, sekiranya ada sebarang topik yang terlintas, terus catatkan di dalam kalendar editorial.

Ok. Sekarang kita dah boleh mula menyediakan kalendar editorial. 

Contoh:


  • Saya bercadang untuk menerbitkan artikel setiap hari (7 artikel seminggu)
  • Setiap hari, artikel yang diterbitkan akan mewakili kategori yang berbeza
  • Katakan:
    • Isnin - Keluarga
    • Selasa - Bebas
    • Rabu - Blogging
    • Khamis - Bebas
    • Jumaat - Agama
    • Sabtu - Bebas
    • Ahad - Kewangan
  • Jadi, kalendar editorial saya akan kelihatan seperti ini:
Kalendar Editorial

  • Sekarang kita hanya perlu tuliskan tajuk artikel yang akan kita terbitkan ke dalam jadual tersebut. Jadi minda kita akan terus tahu dan bersedia dengan apa yang akan kita terbitkan pada masa hadapan.

Apakah kepentingan kalendar editorial?

Saya pasti ramai antara kita sememangnya ada membuat perancangan tentang artikel yang akan diterbitkan di masa hadapan tetapi jarang yang membuat perancangan secara bertulis dalam bentuk kalendar editorial. Untuk sebahagian orang alasan mereka adalah kerana mereka tidak mahu terikat dengan jadual dan deadline. Walaupun hanya sebagai blogger, kita perlukan jadual untuk merancang aktiviti blogging kita. Bagi saya, terdapat beberapa kelebihan bagi mereka yang mengamalkan penggunaan kalendar editorial.
  1. Perancangan masa 
  2. Memudahkan kajian
  3. Mengurangkan Tekanan penulisan

Perancangan Masa

Kalendar Editorial memudahkan kita untuk merancang artikel yang akan diterbitkan. Kita akan lebih fokus semasa menyediakan setiap artikel. Dalam masa sama kita boleh menggunakan tetapan post secara schedule sekiranya kita dapat menyediakan beberapa artikel dalam satu hari. 

Memudahkan kajian

Setiap tajuk atau topik yang nak ditulis memerlukan sedikit kajian dan ini juga memakan masa. Dengan adanya editorial kalendar, kita sudah boleh lakukan kajian awal sebelum menulis kerana kita sudah tahu tentang topik yang akan ditulis pada artikel yang akan datang. 

Mengurangkan tekanan penulis

Saya pasti dalam keadaan tertentu, kita akan rasa kebuntuan idea. Ini adalah situasi yang kurang baik bagi seorang blogger, kerana tekanan sebeginilah ramai yang berhenti separuh jalan dalam dunia blogging. Dengan menggunakan kalendar editorial, kita hanya perlukan sedikit masa untuk brainstorming dan kemudian tuliskan semua idea ke dalam kalendar editorial. Kemudian barulah tulis satu persatu mengikut keutamaan dalam kalendar editorial. Sekiranya kita hanya berfikir apa yang nak dikongsikan setelah duduk dihadapan komputer, lama-kelamaan kita pasti akan rasa stress. 


Ok.

Bagi saya, kalendar editorial amat penting untuk semua blogger. Blogging dengan cara yang sistematik akan membolehkan blogger kurang menghadapi tekanan dan dalam masa yang sama kualiti penulisan dapat dikekalkan. Akhir sekali, semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu mereka yang kerap berasa tertekan setiap kali ingin menyediakan artikel baru. Anda juga boleh baca artikel Cara Meningkatkan Semangat Untuk Tulis Blog sebagai motivasi untuk anda.

Adakah anda sudah mula menggunakan kalendar editorial untuk blog anda?

Terima kasih kerana membaca Cara Menyediakan Kalendar Editorial dan Kepentingannya. Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top