Cara menyimpan Duit Cepat Dan Konsisten sebenarnya boleh diamalkan oleh semua orang. Perkara yang paling penting semasa menyimpan duit adalah simpan duit dan "jangan guna duit itu!". Pada kali ini saya nak kongsikan cara simpan duit dengan mengikut jenis duit tersebut.Â
Ada orang panggil cara ini cara menabung paksa rela atau cara menabung mengikut warna duit, tetapi ianya membawa maksud yang sama iaitu teknik menabung yang menekankan kita untuk pilih satu jenis duit sahaja untuk disimpan. Sebagai contoh, kita simpan semua duit syiling atau kita simpan semua duit RM1 atau lain lain duit kertas, tetapi fokusnya hanya pada satu jenis sahaja.
Saya kurang pasti dari mana dan dari siapa teknik simpan duit ini bermula, tetapi saya sudah mengamalkannya sudah lebih kurang 2 tahun. Awal lagi sebelum ianya menjadi buah mulut di Facebook. Dan matlamat simpanan saya semasa mula menyimpan menggunakan teknik ini adalah sebagai duit raya untuk anak-anak saudara saya untuk Hari Raya.Â
Duit jenis mana yang sesuai untuk saya simpan?
Tiada jawapan betul atau salah bagi soalan ini. Semuanya bergantung kepada gaya perbelanjaan anda. Semasa saya mula menggunakan teknik ini, saya hanya fokus untuk menyimpan syiling. Ini bermakna, setiap kali berbelanja dan ada duit baki syiling, saya akan ketepikan syiling baki tersebut dan masukkan ke dalam tabung. Jika anda hanya menyimpan syiling, dalam setahun anda akan dapat simpan lebih kurang RM100 - RM500.Â
Berikutnya saya cuba untuk simpan semua duit kertas RM1. Projek asalnya adalah untuk dijadikan sebagai duit raya, tetapi akhirnya menjadi amalan untuk simpan semua duit RM1 yang diperolehi daripada baki berbelanja. Dengan menyimpan hanya RM1 dalam masa setahun, saya mampu menyimpan duit sebanyak lebih kurang RM1000. Jadi anda boleh congak dan bayangkan berapa banyak yang anda dapat simpan jika jenis duit yang anda simpan adalah not RM5 atau RM10 atau RM20 atau RM50.
Bagi saya juga, pemilihan jenis duit yang nak disimpan juga bergantung kepada matlamat simpanan anda. Untuk matlamat jangka masa pendek seperti untuk melancong atau sebagainya, lebih baik simpan duit kertas bernilai besar seperti RM10 atau RM20. Tetapi jika anda simpan untuk jangka masa panjang atau untuk ajar anak-anak anda menyimpan duit, mulakan dengan duit bernilai kecil seperi syiling, RM1 dan RM5.Â
Tetapkan matlamat menyimpan duit
Tidak kira apa pun yang anda lakukan, pastikan ianya dimulakan dengan menetapkan matlamat. Tanpa matlamat, sesuatu perkara yang kita lakukan adalah sia-sia. Seelok-eloknya sediakan matlamat jangka masa pendek dan matlamat jangka masa panjang. Contoh matlamat jangka masa pendek adalah untuk melancong, beli barangan, untuk memulakan bisnes burger dan lain-lain. Jangka masa panjang lebih kepada tabung persaraan, pendidikan, beli rumah dan sebagainya.
Bagi matlamat jangka masa pendek, kita perlu berikan tempoh masa dan tuliskan jumlah yang diperlukan untuk memudahkan pemantauan matlamat. Sebagai contoh, "saya nak simpan RM1000 dalam masa 2 bulan untuk pergi melancong ke Cameron Highland". Dengan menulis matlamat, kita akan lebih fokus untuk menyimpan duit.
Syarat-syarat teknik simpan duit mengikut jenis duit.Â
Katakan anda nak simpan semua duit kertas RM5:
- Setiap kali selepas berbelanja, jika ada duit RM5, terus asingkan dan masukkan ke dalam tabung.
- Jangan sesekali bukak tabung dan kira selagi belum sampai waktunya.
Antara komen orang yang telah simpan duit dengan teknik ini.
Sumber : Facebook
Apa pun, perkara yang paling penting adalah kita perlu sentiasa konsisten dan bersabar. Semoga kita pun boleh menyimpan duit untuk matlamat kita.Â
Terima kasih kerana membaca Cara Menyimpan Duit Cepat Dan Konsisten. Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan