Apa itu On-Page SEO? Memandangkan blog ini adalah baru dalam dunia blogging di Malaysia, saya tidak ketinggalan untuk belajar berkenaan SEO dari pelbagai sumber dan ebook. Salah satunya adalah daripada Kitab SEO yang ditulis oleh Tuan Titan. Selain daripada itu, banyak juga rujukan yang saya baca berkaitan SEO dan penulisan. Lebih kepada menambah pengetahuan diri.Â
Ok. Kali ini saya nak kongsikan satu Infografik yang ringkas dan mudah difahami berkaitan On Page SEO. Mungkin ada yang sudah baca dan tahu, boleh dijadikan sebagai ulangkaji sahaja. Saya perolehi infografik ini daripada Backlinko.Â
Sumber : Backlinko |
Secara keseluruhannya, ada 12 perkara yang boleh kita lakukan untuk meoptimasikan SEO untuk blog kita. Mari kita ulangkaji sama-sama:
- URL yang mesra SEO ialah URL yang pendek menepati kata kunci yang anda ingini
- Kata kunci di permulaan tajuk adalah lebih baik daripada kata kunci di hujung tajuk
- Gunakan kata tambahan seperti '2016', 'review' atau lain-lain perkataan untuk mensasarkan kata kunci yang lebih panjang (long tail keyword)
- Pastikan tajuk artikel anda adalah dalam H1 tag (Headline Tag)
- Pastikan terdapat kata kunci dalam perenggan pertama dalam 100 perkataan pertama dalam artikel kita
- Artikel yang mempunyai link rujukan keluar ke laman yang lebih baik adalah penting sebagai rujukan artikelÂ
- Bounce Rate yang rendah bermakna blog anda memberikan manfaat kepada pembaca.Â
- Bounce rate boleh dikurangkan dengan meletakkan gambar atau video untuk menggalakkan interaksi antara penulis blog dan pembaca.
- Pastikan blog kita cepat loading. Tiada siapa suka blog yang lambat loading. Â
- Tulis artikel yang panjang dan berkualiti lebih kurang 1500 patah perkataan
- Pastikan terdapat butang perkongsian di media sosialÂ
- Masukkan juga 'kata kunci tambahan' yang berkaitan dengan kata kunci utama kita. Ini akan menjadikan artikel kita lebih menjadikan artikel kita relevan dan berkualiti.
Nak tahu teknik SEO yang lain? Boleh baca juga di ebook Kitab SEO. Banyak lagi perkara yang dikongsikan di dalam ebook tersebut. Diharap perkongsian kali ini bermanfaat sebagai ulangkaji untuk rakan-rakan blogger dan bagi yang ingin memulakan blog sendiri.
Terima kasih kerana membaca Cara Asas Buat On-Page SEO. Sekiranya ada kesilapan atau pertambahan ilmu mohon ditulis dalam ruangan komen untuk rujukan bersama. Dan jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.
Great blog content about SEO in Malaysia, anyway thanks for sharing!
BalasPadam