Adakah anda tahu Cara Guna Periuk Tekanan (Pressure Cooker) yang betul? Periuk tekanan adalah salah satu alat yang sering digunakan di dapur tetapi kadang kala ada yang masih belum faham cara penggunaan periuk tekanan dengan betul. Adalah amat penting untuk kita menggunakan periuk tekanan dengan betul untuk memastikan keselamatan kita dan keluarga.
Ok.
Pada kali ini saya nak kongsikan panduan asas cara menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan 'letupan' dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Apa kebaikan periuk tekanan atau pressure cooker?
Kebaikan utama periuk tekanan adalah ianya dapat menjimatkan masa memasak. Sebagai contoh, jika kita merebus daging di periuk biasa, masa yang di ambil untuk daging masak dan empuk boleh mencapai 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja (bergantung kepada kuantiti dan jenis daging).Â
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.Â
Contoh Periuk Tekanan Elektrik:
Antara jenama popular untuk periuk tekanan elektrik adalah Noxxa dan Philips.
Contoh Periuk Tekanan Dapur Gas:
Antara jenama yang popular untuk periuk tekanan dapur gas adalah Butterfly, Trio dan Tefal.
Berikut adalah cara asas penggunaan periuk tekanan (pressure cooker):
- Bagi menggunaan periuk tekanan eletrik, anda perlu baca manual penggunaan. Nak tak nak, anda perlu baca cara penggunaan periuk tekanan anda terutamanya yang menggunakan periuk tekanan elektrik kerana kebanyakan model telah datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan. Masa masakan biasanya telah ditetapkan. Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.Â
- Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
- Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
- Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan. Jangan buka dahulu! Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika anda terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!Â
- Jika daging anda masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Mudah bukan?
Memang mudah, tetapi kita hendaklah sentiasa beritahu kepada anak dan keluarga kita tentang penggunaan periuk tekanan, kerana mungkin anda tahu cara menggunakannya tetapi keluarga anda tidak tahu cara menggunakannya.Â
Saya sendiri menggunakan periuk tekanan dapur gas di rumah. Dan perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ;-)
Saya sendiri menggunakan periuk tekanan dapur gas di rumah. Dan perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ;-)
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda ;-) Kepada yang masih belum mempunyai periuk tekanan, anda boleh membelinya di mana-mana pasaraya ataupun secara online di Lazada. Penggunaan periuk tekanan yang betul boleh menjimatkan masa memasak anda ;-)
Terima kasih kerana membaca Cara Guna Periuk Tekanan (Pressure Cooker) - Asas Penggunaan. Semoga bermanfaat ;-)