Fenomena El Nino adalah keadaan di mana keadaan cuaca yang panas melebihi biasa yang melanda di sesebuah kawasan di dunia. Perkataan El Nino berasal daripada bahasa latin yang membawa maksud 'budak lelaki'. Cuaca yang terlalu panas boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kita jika kita tidak mengambil langkah-langkah keselamatan semasa menghadapi fenomena El Nino ini.
Ok.Â
Pada kali ini, saya akan kongsikan cara untuk menghadapi cuaca panas atau fenomena El Nino. Tahun 2016 bukanlah kali pertama negara Malaysia menghadapi fenomena El Nino. Jadi, kita perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi fenomena ini.
Secara umumnya, cuaca panas boleh memberi tekanan secara fizikal kepada badan kita. Kesan terdedah kepada cuaca panas boleh mendatangkan masalah kesihatan yang ringan dan juga ada yang boleh menyebakan kehilangan nyawa akibat strok haba.Â
Siapa yang berisiko semasa menghadapi El Nino?
Individu yang boleh terjejas dengan cuaca panas adalah individu yang terbabit dengan aktiviti luar seperti pekerja buruh, orang dewasa dan warga emas, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, individu yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan asma.
Jika anda mengalami masalah seperti pening kepala yang berpanjangan, keletihan, mual dan muntah, anda mungkin sedang mengalami kesan akibat fenomena El Nino.
Bagaimana Cara Menghadapi dan Mengurangkan Kesan Terhadap Kesihatan Akibat Cuaca Panas (El Nino)?
- Kerap minum air masak setiap hari
- Mengurangkan aktiviti luar sama ada kerja atau aktiviti riadah
- Minum air isotonik jika terlalu letih
- Kerap mandi dan menyejukkan badan
- Pakai pakaian yang tidak terlalu tebal dan longgar untuk memudahkan pengudaraan
- Pakai pakaian yang berwarna terang dan bukan hitam
- Kurangkan meminum minuman yang mengandungi kafien dan gula yang tinggi
- Gunakan topi atau payung semasa berjalan di kawasan yang panas
Di ambil dari Facebook KKM |
Jika anda mengalami masalah kesihatan berpanjangan, sila dapatkan rawatan segera di klinik berhampiran untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk lagi. Semoga kita sentiasa dalam keadaan sihat semasa menghadapi fenomena El Nino.
Terima kasih kerana membaca Cara Menghadapi dan Mengurangkan Kesan Terhadap Kesihatan Akibat Cuaca Panas (El Nino).Â