Cara Untuk Mudah Bangun Qiamullail

Cara Untuk Mudah Bangun Qiamullail

Tajuk khutbah Jumaat hari ini adalah Qiamullail di Sepertiga Malam. Saya terpanggil untuk kongsikan kembali beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk mudah bangun qiamullail sepertimana yang diterangkan dalam khutbah jumaat tadi. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.

1. Niat

Setiap amalan bermula dengan niat. Jika kita sudah berniat untuk bangun untuk qiamullail atau solat tahjjud, insyaAllah ianya akan dipermudahkan oleh Allah.

2. Wudhuk

Sebelum tidur disunatkan untuk kita berwudhuk. Ini juga merupakan salah satu tips untuk membolehkan kita mudah untuk bangun berqiamullail

3. Doa

Sebelum tidur pastikan kita membaca doa tidur, supaya tidur kita menjadi satu ibadah dan mudah untuk kita bangun qiamullail.

4. Tidur awal

Seelok-eloknya tidur awal untuk memudahkan kita bangun awal dan berqiamulail. 

5. Tidak makan terlalu kenyang

Makan yang terlalu kenyang akan menyebabkan kita sukar untuk bangun qiamullail. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib supaya badan kita dapat memproses makanan awal dan badan kita tidak terlalu letih untuk bangun berqiamulail 

6. Qailulah

Qailulah adalah tidur sebentar sebelum masuk waktu zohor. Kita disunatkan untuk tidur sebentar untuk mengembalikan kecergasan badan dan juga untuk memudahkan kita bangun berqiamullail. 

Muhasabah terbesar untuk diri saya adalah, jika saya boleh bangun malam untuk tulis blog, kenapa sukar untuk bangun malam untuk berqiamullail?

Fikir-fikirkan..

Terima kasih kerana membaca coretan ringkas Cara Untuk Mudah Bangun Qiamullail. Semoga bermanfaat untuk anda semua.


Back To Top