Siapa pernah menggunakan atau menyertai kursus online di Udemy? Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan satu laman web pembelajaran online yang dikenali sebagai Udemy. Saya terus pergi ke Udemy untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan kursus kursus yang ditawarkan.
Ok.
Memperkenalkan Udemy.
Udemy sebenarnya adalah platform video di mana orang ramai dan professional untuk menyediakan video pembelajaran untuk topik tertentu. Atau lebih mudah saya katakan ianya ibarat YouTube berbayar. Tetapi semua video yang ada adalah video pembelajaran dan kursus tertentu. Pelbagai kursus ada disediakan seperti kursus menyediakan aplikasi android, kursus buat website dan pelbagai topik lagi.Â
Bagaimana untuk sertai Udemy?
Untuk menyertai Udemy, pendaftaran adalah percuma. Tetapi setiap kursus yang anda ingin belajar perlu bayaran. Harga kursus bergantung kepada jenis kursus.Â
Pengalaman saya menggunakan Udemy
Saya memang sudah lama bercita-cita untuk membuat aplikasi android saya sendiri. Tetapi kurang ilmu dan pengetahuan dalam membina aplikasi android. Walaupun sebenarnya saya boleh upah orang lain untuk buat aplikasi untuk saya, tetapi apa yang saya mahukan sebenarnya adalah untuk BELAJAR cara membuat aplikasi android sendiri. Kemudian saya mengenali Udemy. Di dalam Udemy saya boleh belajar macam-macam perkara melalui video termasuklah cara untuk membuat aplikasi android.Â
Saya telah memilih kursus belajar cara membuat aplikasi android. Ya, kursus ini berbayar. Tetapi sehingga 11.1.2016, harga yang ditawarkan amat berpatutan. Banyak kursus yang sebelum ini berharga ratusan dollar ada sale hingga USD10 (~RM45) sahaja! Saya tidak berlengah untuk mengambil peluang ini menyertai kursus berkaitan cara buat aplikasi android sendiri.
Selain daripada itu saya juga ingin belajar cara buat duit dengan Youtube. Percaya atau tidak, di Udemy juga ada kursus cara buat duit dengan Youtube. Saya pun cuba untuk menyertai kursus in dengan harga USD10 (~RM45). Jika nak diikutkan, jika beli ebook Cara Buat Duit Youtube di Malaysia harganya lebih kurang RM60-100 dan ada coaching sehingga RM600! Tetapi itu pilihan masing-masing. Saya bermula dengan Udemy sebab ianya lebih murah!
Adakah semua kursus di Udemy berbayar?
Ada juga kursus yang ditawarkan secara percuma. Sebagai contoh anda nak kursus berkaitan SEO, blogging dan lain-lain.
Apa beza dengan Youtube?
Youtube adalah platform video percuma dan video yang ada kebanyakannya tidak spesifik untuk sesuatu topik. Di dalam Udemy, ianya ibarat cikgu mengajar melalui video.
Apa yang saya suka berkenaan Udemy?
Satu kursus mengandungi semua video pengajaran yang dipecahkan mengikut bab dan tajuk. Udemy ini ibarat, cikgu mengajar anak murid melalui video. Selain daripada itu kelebihan belajar di Udemy adalah:
- Setiap kursus yang anda berjaya tamatkan akan diberikan sijil
- Tiada tamat tempoh kursus (beli sekali kursus, boleh tengok sepanjang hayat)
- Money back guarantee
- Dibenarkan download video kursus yang dibeli untuk ditonton secara offline
- Ada aplikasi android dan boleh menonton melalui telefon pintar.
Jika anda sudah letih untuk membaca ebook, Udemy adalah alternatif terbaik untuk anda belajar sesuatu yang baru. Bagi anda yang ingin mencuba Udemy, saya nasihatkan sertai Udemy dan pilih kursus yang anda mahukan sebelum 11.1.2016 kerana harga yang ditawarkan sangat murah! anda boleh gunakan promo kod LETSGO2016 pada 19 -23 Januari 2016 untuk dapatkan tawaran hebat setiap kursus hanya berharga USD15!
Bagi saya, ianya berbaloi untuk menyertai Udemy dan belajar sesuatu yang baru. Tetapi saya nasihatkan untuk sertai kursus yang betul-betul anda nak belajar dan beli kursus semasa sale kerana jika bukan masa sale, harga sangat mahal sehingga ratusan dollar.
Ini sekadar pandangan saya berkaitan Udemy, bagi yang nak cuba, saya alu-alukan ;-) Sebelum habis, saya nak kongsikan kursus-kursus yang saya dah sertai di Udemy (ada berbayar dan percuma).
Terima kasih kerana membaca Cara Menyertai Kurus Pembelajaran Online di Udemy. Saya dah sertai, anda bila lagi ;-)