Paypal Malaysia merupakan salah satu kemudahan pembayaran online yang mudah untuk digunakan. Bagi yang kerap membuat pembelian secara atas talian, pastinya Paypal Malaysia sudah tidak perlu diperkenalkan. Tetapi saya percaya, masih ramai yang hanya 'tahu' tentang Paypal tetapi tidak pernah menggunakannya. Mungkin ada juga yang menganggap bahawa Paypal hanyalah berguna untuk pembelian barang dari luar negara.Â
Ok.
Pada kali ini, saya akan kongsikan cara membuat akaun Paypal Malaysia dan juga beberapa cara penggunaan Paypal yang boleh digunakan oleh kita semua. Antara yang boleh kita lakukan dengan Paypal adalah:
- Membuat bayaran dengan Paypal Malaysia
- Mengisi duit di akaun Paypal Malaysia
- Menghubungkan kad debit atau kad kredit dengan akaun Paypal Malaysia
- Menderma dan menerima derma melalui Paypal
Ini adalah perkara-perkara asas yang kita boleh lakukan dengan akaun Paypal Malaysia. Mungkin ada perkara lain yang boleh dilakukan dengan menggunakan Paypal, tetapi bagi mereka yang baru mengenali Paypal, cukuplah mereka tahu berkenaan beberapa perkara ini tentang Paypal.
Membuat akaun baru Paypal Malaysia
Satu perkara yang perlu anda tahu adalah, membuat akaun Paypal adalah 100% percuma. Tiada sebarang yuran dikenakan kepada anda. Untuk mendaftar sebagai pengguna baru Paypal, boleh pergi ke Paypal Malaysia.
- Buka laman Paypal Malaysia
- Tekan Sign Up
- Anda kemudian akan diberikan pilihan untuk mendaftar sebagai 'Buy With Paypal' atau 'Recieved Payment by Paypal'
- Untuk permulaan, anda pilih 'Buy With Paypal'
Kemudian isikan maklumat yang diperlukan. Kemudian, anda akan diberi pilihan untuk menghubungkan terus kad debit atau kad kredit anda ke akaun Paypal yang anda baru buat tadi. Jika anda telah memasukkan maklumat kad kredit atau debit anda, kini anda sudah boleh mula menggunakan Paypal.
Perlukah saya mengisi duit ke dalam akaun Paypal saya?
Jika anda telah linkkan akaun Paypal dan kad kredit atau debit anda, anda sudah tidak perlu untuk mengisi duit ke dalam akaun Paypal. Ini adalah kerana Paypal hanya akan memotong terus dari kad anda sekiranya anda ada membuat sebarang pembelian. Jika anda tidak mempunyai kad kredit atau kad debit, anda perlu isi duit ke akaun Paypal anda sebelum boleh digunakan. Setakat ini hanya RHB Bank sahaja yang membenarkan anda memasukkan duit ke dalam akaun Paypal anda.Â
Apakah kad bank yang boleh dihubungkan dengan Paypal Malaysia?
Semua jenis kad kredit dan kad debit boleh dihubungkan dengan Paypal tanpa mengira dari bank mana ia dikeluarkan. Walaubagaimanapun, had penggunaan kad kredit dan kad debit adalah bergantung kepada nilai yang anda telah tetapkan dengan pihak bank. Saya sendiri menggunakan kad debit Bank Islam untuk transaksi menggunakan akaun Paypal saya.
Siapa yang perlu ada akaun Paypal?
Bagi saya, sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun Paypal, tetapi bagi mereka yang kerap membuat pembelian antarabangsa secara online atau menerima bayaran secara online, Paypal adalah antara pilihan terbaik untuk mereka. Saya sendiri menggunakan akaun Paypal untuk menerima pembayaran daripada luar seperti duit daripada mencuba aplikasi android atau survey online.Â
Ada yuran-yuran tertentu semasa menggunakan Paypal?
Secara umumnya, penggunaan untuk membeli barang menggunakan platform Paypal adalah percuma (kecuali dikenakan charge tukaran mata wang asing untuk pembelian antarabangsa). Tetapi setiap transaksi duit masuk ke dalam akaun Paypal akan dikenakan sedikit yuran.
Memohon derma melalui Paypal
Tahukah anda bahawa kita boleh memohon derma dengan menggunakan Paypal? Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menderma sebagai tanda sokongan kepada blog ini, anda boleh tekan butang donate di bawah ini.Â
Itu adalah sebahagian daripada perkara asas penggunaan akaun Paypal Malaysia. Bagi saya, Paypal banyak memudahkan saya dalam membeli secara online seperti perkhidmatan di Fiverr, kursus online di Udemy dan lain-lain lagi.Â
Saya harap perkongsian pada kali ini bermanfaat untuk anda semua. Mungkin akan ada masanya ada perlu menggunakan akaun Paypal. Jika anda nak mencuba dapat bayaran ke akaun Paypal dengan aplikasi android boleh baca artikel ini : Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Whaff. Atau jika anda berminat untuk menjawab survey online, boleh baca ulasannya di artikel ini : Cara Buat Duit dengan Survey Online.
Terima kasih kerana membaca Cara Mendaftar dan Menggunakan Paypal Malaysia. Jika anda ingin membuka akaun Paypal Malaysia sekarang, boleh buat di sini - Link