Cara Menyertai Program Affiliate Lazada Malaysia

lazada affiliate

Program Lazada Affiliate adalah antara penyumbang utama dalam dunia blogging. Antara program affiliate yang sentiasa bermain di arena blogging Malaysia adalah Klikjer, Ashadee, TimKerjaya dan lain-lain. Satu lagi program affiliate yang banyak diceburi oleh blogger di Malaysia adalah Program Affiliate Lazada Malaysia.

Ok.

Pada kali ini saya akan kongsikan tentang program affiliate yang disediakan oleh salah satu platform membeli belah online iaitu Lazada Malaysia. Program Affiliate Lazada Malaysia adalah salah satu daripada alternatif yang ada apabila pihak Ashadee telah mengeluarkan notis untuk memberhentikan perkhidmatan mereka pertengahan tahun 2016. Program Affiliate Lazada sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana ianya sudah beroperasi sejak tahun 2013 lagi.

Jika anda pernah tahu berkenaan Amazon dan EBay, Lazada adalah platform yang hampir sama dengan kedua-duanya. Lazada menawarkan pelbagai jenis barangan untuk anda promosikan dan anda akan dapat komisen setiap kali anda membawa pelanggan daripada link anda ke Lazada.

lazada affiliate

Kelebihan Affiliate Lazada Malaysia

  • Sesuai untuk blogger Malaysia yang fokus pada pasaran Malaysia
  • Pendaftaran adalah percuma
  • 30 days cookies period!

Apa itu 30 days cookies period?

Katakan anda memaparkan banner Lazada pada blog anda. Salah satu pembaca anda klik pada banner tersebut dan mengunjungi laman web Lazada. Tetapi pembaca tersebut tidak membuat sebarang pembelian pada kunjungan tersebut. 2 minggu kemudian, pembaca yang sama melawat ke Lazada (tanpa melalui blog anda) dan membeli sesuatu. Anda akan tetap mendapat komisen untuk pembelian tersebut! Selagi pembelian dibuat dalam masa 30 hari dari hari link anda di klik, anda tetap akan mendapat komisen untuk setiap pembelian yang dilakukan. Secara teorinya memang hebat!


Berapa yang boleh diperolehi dari Program Affiliate Lazada Malaysia

Ramai blogger yang telah menjana pendapatan dengan program affiliate Lazada. Saya sendiri baru beberapa kali mendapat komisen dari Lazada kerana masih dalam proses mempelajari selok belok dalam menggunakan program affiliate Lazada. Walaubagaimana pun, saya percaya program affiliate Lazada ini boleh berkembang sebaris dengan program affiliate lain seperti Amazon. Terutamanya untuk blogger-blogger tempatan.

Komisen yang diberikan untuk program affiliate Lazada adalah di antara 6% - 10% untuk setiap pembelian melalui link produk yang anda promosikan.


lazada affiliate


Cara Daftar Program Affiliate Lazada Malaysia

Pendaftaran amat mudah dan percuma. Anda hanya perlu mendaftar di laman Lazada Affiliate. Isikan maklumat anda dan pihak Lazada akan membuat semakan atas permohonan anda. 

Bagaimana cara nak promosikan barang di Lazada?

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mempromosikan barangan Lazada. 

Tetapi cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan banner yang sedia ada di platform affiliate Lazada dan letakkannya di blog atau laman web anda.

Kenapa saya cadangkan untuk anda sertai program affiliate Lazada Malaysia?

Lazada Malaysia merupakan salah satu platform shopping online yang kerap saya gunakan dan telah banyak saya beli daripada Lazada dari barangan yang kecil sehinggalah telefon pintar dan peralatan rumah. Jadi saya tidak perlu risau akan barangan yang di jual di Lazada kerana semua produk yang dijual adalah berkualiti dan dijamin sampai ke rumah pelanggan mereka. 


Jom sama-sama sertai program affiliate Lazada Malaysia ini!

Terima kasih kerana membaca Cara Menyertai Program Affiliate Lazada Malaysia. Bertindaklah sekarang. Tiada istilah terlambat dalam mencuba sesuatu ;-)


Back To Top