Sebelum ini saya ada kongsikan cara buat duit menggunakan aplikasi Whaff Reward. Pada kali ini, saya akan kongsikan satu lagi aplikasi yang hampir sama dengan Whaff Reward dan boleh digunakan bersama-sama Whaff Reward untuk menjana duit dengan aplikasi dengan lebih pantas.
Memperkenalkan aplikasi CashMe Rewards
Aplikasi CashMe adalah aplikasi android yang memberikan kita mata ganjaran setiap kali kita memasang aplikasi atau permainan yang dipromosikan dalam aplikasi tersebut. Mata yang terkumpul kemudiannya boleh ditukarkan kepada tunai (melalui Paypal) atau kita boleh tebus sebagai giftcard. Tetapi pada saya, saya lebih suka tukarkan mata ganjaran yang saya perolehi kepada wang tunai ke akaun Paypal saya.
Apa yang anda perlukan untuk menggunakan aplikasi CashMe Reward?
- Telefon pintar
- Memori telefon yang agak besar
Kenapa saya suka CashMe?
Perkara yang paling saya suka adalah kerana aplikasi ini boleh digunakan bersama aplikasi Whaff Reward untuk menggandakan pendapatan kita menggunakan aplikasi android. Sebagai contoh, ada aplikasi yang di promosikan di CashMe dan juga Whaff Reward (Premium Picks), jika saya memasangnya melalui CashMe, saya akan tetap mendapat ganjaran daripada CashMe dan Whaff Reward.
Bagaimana cara menggunakan aplikasi CashMe?
Sepertimana Whaff Reward, anda akan mendapat ganjaran setiap kali anda memasang aplikasi BARU pada telefon pintar anda. Jika sebelum ini anda pernah memasang aplikasi yang dipromosikan, anda mungkin tidak diberikan ganjaran.Â
Semasa pendaftaran, anda dikehendaki untuk membuat pengesahan menggunakan nombor telefon anda. Ini adalah bertujuan untuk mengesahkan identiti anda sebagai manusia dan anda bukannya robot / bot.Â
Sebab kenapa anda mungkin tidak diberikan ganjaran?
- Anda pernah memasang aplikasi / permainan tersebut
- Anda perlu memenuhi syarat yang dikenakan bersama pemasangan aplikasi tersebut. Sebagai contoh, anda perlu bermain selama beberapa minit.
Jika anda masih tidak mendapat ganjaran setelah memasang aplikasi baru pada telefon anda, anda boleh hubungi pihak CashMe.
Mengikut pengalaman saya sendiri, saya sentiasa mendapat ganjaran bagi pemasangan aplikasi baru. Cuma ada beberapa ketika ganjaran agak lambat diberikan, tetapi dalam kebanyakan masa, setelah anda pasang dan buka aplikasi tersebut, ganjaran akan terus dikreditkan ke akaun anda.
Amaran!
- Aplikasi ini menggunakan data internet anda. Setiap aplikasi dan permainan yang anda muat turun dan pasang akan menggunakan data internet anda.Â
- Baca syarat dengan teliti bagi setiap aplikasi yang ingin di pasang. Ini adalah kerana sebahagiannya meminta anda untuk melanggan sesuatu. Saya nasihatkan jangan pilih promosi itu. Pilih promosi yang hanya meminta anda mencuba aplikasi terbaru dari Google Play.Â
- Anda juga akan terkejut dengan betapa mudahnya untuk mendapat ganjaran dengan menggunakan aplikasi ini! ;-)
Walaubagaimana pun, selama saya menyertai CashMe, saya tidak pernah di spam oleh pihak CashMe. Kesemua aplikasi yang dipromosikan adalah asli dan kebanyakannya adalah dari Google Play.
Saya berani jamin, aplikasi ini adalah sah dan bukannya satu penipuan. Sebab utama saya berkata begitu kerana saya sendiri telah beberapa kali redeem mata ganjaran ke akaun Paypal saya ;-)
Saya tahu ianya tidak lah begitu banyak. Tetapi jika nak dibandingkan dengan 'kerja' yang anda perlu lakukan. Sebenarnya ia memang berbaloi. ;-)
Bagaimana cara untuk menjana lebih mata ganjaran di CashMe?
Selain daripada mendapat ganjaran kerana mencuba aplikasi baru, anda juga akan mendapat ganjaran kerana memperkenalkan CashMe kepada rakan-rakan anda. Setiap orang yang menggunakan kod jemputan anda, anda akan diberikan ganjaran istimewa!
Ini adalah kod jemputan saya. Bagi anda yang ingin mencuba CashMe boleh menggunakan kod jemputan ini. Bagi saya, ianya adalah situasi menang-menang untuk saya dan anda. Anda tahu berkaitan aplikasi CashMe dari saya, dan anda juga berpeluang untuk mendapat ganjaran dengan menggunakan aplikasi ini ;-)
Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Android CashMe dan mencuba aplikasi CashMe Rewards.Â