Cara Memasang Google Analytics Pada Blogger

Cara Memasang Google Analytics Pada Blogger

Setiap blogger pastinya mahukan pengunjung yang ramai di dalam blog mereka. Saya juga tidak terkecuali. Saya sebolehnya mahu memberi manfaat kepada ramai orang melalui penulisan dan perkongsian saya. Tetapi persoalannya, bagaimana kita mahu mengukur sama ada blog atau laman web kita dikunjungi orang atau tidak?

Tidak lain adalah dengan melihat statistik blog kita.

Jika anda (seperti saya) menggunakan platform Blogger untuk berblog, anda akan dapat build in statistik oleh blogger pada dashboard Blogger anda.



Tetapi percayakah anda jika saya katakan bahawa stat yang diberikan Blogger adalah kurang tepat dan kadang kala agak pelik!

Sebagai contoh, di atas adalah stat blog ini, dan pada tarikh 31.1.2016, pada jam lebih kurang 9.00 pagi, pageview blog ini adalah menghampiri 1000 secara tiba-tiba! Pada kebiasaannya tidaklah banyak sebegitu. Dan lebih pelik lagi, trafik tersebut datangnya dari Israel!



Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan Google Analytics sebagai pemberi maklumat statistik berkaitan blog kita. Kebanyakan blogger professional menggalakkan kita untuk menggunakan Google Analytics sebagai cara terbaik untuk memantau perkembangan blog kita.


Bagaimana cara untuk memasang Google Analytics pada Blogger?

Senang sahaja caranya..

1. Pertama sekali buka https://analytics.google.com/

2. Log masuk dengan menggunakan akaun Gmail anda

3. Daftarkan alamat blog anda di Google Analytics.

4. Salin 'Tracking ID' bagi blog anda di Google Analytics

5. Masukkan 'Tracking ID' blog anda di Blogger

6. Siap!

Ok?

Masih belum jelas?

Tengok video-video ini untuk lebih jelas lagi 😊




Terima kasih kerana membaca Cara Memasang Google Analytics Pada Blogger. Dan selamat mencuba!

Back To Top