Cara Semak Status Pendaftaran Perniagaan SSM Secara Online

SSM e-info

Setiap perniagaan tidak kira perniagaan online atau offline sekarang diwajibkan untuk mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Keengganan mendaftarkan perniagaan boleh menyebabkan anda disaman. 

Ok.

Pada kali ini, saya ingin kongsikan cara untuk semak pendaftaran perniagaan SSM secara online. Apakah kepentingan untuk membuat semakan dengan SSM? Ini adalah untuk mengelakkan anda tertipu dengan sindiket penipuan perniagaan terutamanya perniagaan secara online. 

Ada beberapa peniaga di Facebook yang saya jumpa ada menyatakan nama perniagaan seperti ABC Sdn. Bhd. tetapi apabila saya buat semakan, sebenarnya perniagaan atau syarikat tersebut sebenarnya tidak wujud!

Sebagai contoh, anda membeli sesuatu barang secara atas talian dan akhirnya barang yang anda beli tidak dihantar. Anda sukar untuk membuat sebarang aduan sama ada untuk buat laporan polis atau sebagainya. Sekiranya perniagaan tersebut mempunyai SSM, anda boleh buat aduan terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan sekiranya perlu. 


Bagaimana nak semak pendaftaran perniagaan SSM?

Caranya mudah sahaja dan percuma. Percuma untuk dapatkan maklumat awal sahaja. Sekiranya anda inginkan salinan pendaftaran, anda perlu buat bayaran. Kali terakhir saya cuba, harga bagi setiap salinan pendaftaran perniagaan adalah lebih kurang RM15.

Kita boleh buat semakan di laman web SSM e-Info - Link

Kita hanya perlu daftar satu akaun SSM e-Info dengan mengisikan butiran yang diperlukan.

Kemudian anda perlu Log Masuk ke akaun anda. Ini adalah paparan utama SSM e-Info.

SSM e-info


Untuk membuat semakan, tekan pada pautan 'Search'.

Kita boleh membuat semakan dengan menggunakan nama perniagaan atau syarikat atau menggunakan no. peniagaan atau syarikat. 

SSM e-info

Sekiranya perniagaan atau syarikat tersebut berdaftar dengan SSM, maklumat berkaitan perniagaan tersebut akan keluar dalam keputusan carian kita. Sekiranya tiada sebarang maklumat, berkemungkinan perniagaan tersebut tidak berdaftar dan berkebarangkalian boleh berlaku penipuan.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan anda tertipu dengan peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan ke atas orang lain ;-)

Terima kasih kerana membaca Cara Semak Pendaftaran Perniagaan SSM Secara Online. Follow saya di Facebook dan juga Google+ untuk perkongsian-perkongsian yang lebih menarik lagi ;-)



Back To Top