Buat Duit Dengan Blog bukanlah sesuatu yang mustahil dan telah berjaya dilakukan oleh ramai blogger tempatan. Apa yang lebih sukar adalah untuk menjana pendapatan melalui blog secara konsisten setiap bulan. Setiap orang yang mahu menjana pendapatan dengan blog perlu faham bahawa ianya tidak semudah yang orang selalu bicarakan. Tak percaya? Anda boleh cuba sendiri.
Hasil kajian ringkas saya tentang cara kebanyakan blogger menjana pendapatan melalui blog, saya dapat simpulkan bahawa cara buat duit melalui blog boleh dikategorikan kepada 2 iaitu secara langsung (Direct) dari blog dan secara tidak langsung (Indirect).
Pendapatan Secara Langsung dari blog adalah pendapatan yang diperolehi daripada blog dan isi blog itu sendiri yang hanya melibatkan penulisan artikel sahaja. Ini bermakna blog itu sendiri merupakan satu mesin duit yang boleh menjana pendapatan.
Pendapatan Secara Tidak Langsung dari blog adalah pendapatan yang diperolehi dengan menjadikan blog salah satu medium untuk promosi atau membina jenama, dalam masa sama menjual produk yang berkaitan dengan blog mereka.
Walaubagaimanapun kedua-duanya merupakan sumber pendapatan daripada sebuah (atau lebih) blog.
Jom kita lihat apa contoh cara buat duit dengan blog:
Pendapatan secara terus dari blog (Direct)
1. Program affiliate
Program affiliate sememangnya pilihan utama kebanyakan blogger. Program afiiliate boleh disertai secara percuma  dan kita hanya perlu tulis berkaitan produk yang dipromosikan dan tekan publish. Selain itu kita boleh memaparkan iklan produk tersebut dalam blog kita. Setiap orang yang membaca artikel yang kita tulis atau melihat banner iklan pada blog kita merupakan potensi untuk affiliate link kita di tekan dan pembelian produk berlaku. Walaupun ianya kelihatan mudah, tetapi sebenarnya ianya tidak semudah yang dikatakan. Saya sendiri merupakan peserta beberapa program affiliate. Nak tahu mudah ke susah? Anda perlu cuba sendiri dahulu..
Bacaan tambahan:
2. Iklan
Memaparkan iklan pada blog adalah salah satu dari cara untuk menjana pendapatan pasif melalui blog. Pembekal perkhidmatan iklan yang popular dan menjadi pilihan ramai adalah Google Adsense, Nuffnang, Lynk.my, Inniti, Chitika dan lain-lain. Untuk blog ini sendiri, saya hanya khaskan untuk papar iklan Google Adsense dan sedikit dari Lynk.my dan Nuffnang. Tetapi kebanyakan pendapatan melalui iklan adalah daripada Google Adsense.Â
Bagi saya, walaupun iklan dapat memberikan anda pendapatan tambahan, tetapi dalam masa yang, iklan - iklan tersebut seharusnya tidak mengganggu pengujung yang datang untuk membaca blog kita. Saya sememangnya kurang bersetuju dengan iklan dalam bentuk pop-up.
Bacaan tambahan:
3. Ruang Iklan
Bagi blog yang sudah mempunyai ramai pengikut dan pembaca, mereka boleh menyewakan sebahagian ruangan dalam blog mereka kepada pengiklan awam untuk mempromosikan produk orang lain. Harga bagi ruangan iklan bergantung kepada kedudukan dan saiz iklan tersebut. Untuk panduan memberikan harga untuk banner di blog, boleh rujuk artikel daripada tuan Hasrul Hassan berkenaan Tips Tetapkan Harga Banner Iklan.
4. Membership Berbayar
Saya perhatikan, tidak banyak blog atau website jenis membership yang ada di Malaysia. Website seperti ini memerlukan setiap orang yang ingin menyertai perlu membayar yuran sebelum mendapat akses ke laman web tersebut. Yuran boleh dilakukan sama ada secara sekali sahaja bayaran atau bayaran secara bulanan. Mungkin tabiat orang Malaysia yang hanya mahukan perkara yang mudah, murah dan percuma menyebabkan tidak banyak orang yang berani untuk menyediakan laman web seperti ini.
Bagi penyedia blog atau lama web pula perlu menyediakan isi yang berkualiti tinggi untuk membolehkan peserta rasa berbaloi untuk membayar setiap bulan.
5. Advertorial
Advertorial adalah artikel penerangan berkaitan sesuatu produk. Blogger kadangkala diupah untuk membuat review atau penerangan berkaitan sesuatu produk. Ini juga merupakan salah satu pendapatan yang kita boleh perolehi daripada berblog. Walaubagaimanapun, untuk mendapat kepercayaan pemilik produk untuk mengupah seseorang blogger adalah agak sukar. Biasanya hanya blog yang mempunyai ramai pengikut dan juga trafik yang tinggi akan menjadi pilihan para pengiklan.
6. Referral
Sistem referral juga boleh membantu para blogger untuk menjana pendapatan melalui blog. Sistem referral atau pay per lead ini biasanya diperolehi apabila pembaca mendaftar menggunakan sesuatu perkhidmatan daripada link yang dikongsikan oleh blogger. Contoh sistem referral yang boleh disertai adalah 8share, Whaff Reward dan Cashme.
Bacaan Tambahan:
7. Donation
Donation atau derma adalah cara meminta ihsan dari orang lain secara terus. Banyak laman web yang membekalkan prekhidmatan secara percuma menggunakan kaedah ini untuk mengutip dana bagi meneruskan operasi laman web mereka. Cara paling mudah untuk meminta derma adalah dengan menggunakan button Donation Paypal.
Bacaan Tambahan:
Pendapatan tidak secara terus dari blog (Indirect)
1. Buku
Ramai juga blogger yang menulis buku sendiri dan kemudian memasarkannya di blog. Blog dijadikan sebagai salah satu medium promosi. Contoh blogger antarabangsa dengan buku mereka sendiri adalah seperti Pat Flyn yang baru-baru ini melancarkan bukunya yang terbaru Will It Fly? dan Darren Rowse daripada Problogger dengan bukunya 31 Days For A Better Blog. Blog-blog mereka dijadikan sebagai promosi dan juga medan penjenamaan.
2. Ebook
Ebook adalah antara produk yang paling mudah untuk dihasilkan dan dipasarkan. Ramai blogger di Malaysia ada mengeluarkan ebook mereka sendiri. Contohnya adalah team Majalah Niaga yang mengeluarkan ebook berkaitan cara menarik trafik ke blog secara percuma dan blog Hairul.com yang menulis pelbagai jenis ebook masakan untuk dijual di blog beliau. Sebenarnya ramai lagi blogger yang membuat ebook mereka sendiri sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan melalui blog.
3. Coaching
Coaching biasanya dilakukan oleh blogger yang telah mencapai kejayaan demi kejayaan dan mereka lakukan sesi coaching yang berkaitan dengan kepakaran mereka. Contoh paling mudah adalah Dr Azizan Osman yang kerap membuat latihan keusahawanan melalui IMKK dalam masa sama mempunyai blog beliau sendiri sebagai salah satu platform untuk perhubungan dan juga promosi.
4. Email list
Penting ke senarai emel? Jika anda tanyakan internet marketer yang telah berjaya. Perkara pertama yang mereka nasihatkan adalah untuk membina senarai emel. Senarai emel adalah penting untuk mengekalkan pembaca blog dan ada blogger yang menjadikan senarai blogger sebagai salah satu target customer. Tetapi penggunaan semarai emel secara berhemah adalah penting untuk mengelakkan berlakunya spamming.
5. Video
Ada juga blogger yang menggunakan video sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan melalui blog. Blog dijadikan sebagai wadah promosi video yang dihasilkan. Contohnya adalah Wahi Abd Rashid yang menyediakan DVD Bisnes Kereta Sewa untuk mereka yang ingin membuka perniagaan sewa kereta.
6. Aplikasi
Kita boleh menjana pendapatan melalui blog dengan menyediakan aplikasi khas untuk blog atau laman web kita. Aplikasi ini akan memudahkan pengguna telefon pintar untuk mengakses kepada blog anda dan seterusnya akan meningkatkan trafik ke blog anda. Salah satu contoh yang saya ingat adalah blog Smartpassiveincome.com yang ada mengeluarkan aplikasi khas untuk blog tersebut.
7. Blog store
Ada juga blog yang menyediakan satu muka khas untuk jualan barang-barang ala-ala ecommerce. Barang-barang yang dijual biasanya berkaitan dengan topik yang dibincangkan dalam blog tersebut. Banyak yang menggunakan blog hanya sebagai medium penyampai dan promosi produk.
8. Penulis Sambilan
Jika anda betul-betul gemar untuk menulis, anda boleh menjadi penulis upahan untuk blog orang lain. Saya pasti ramai blogger yang berbesar hati untuk membayar penulis yang berbakat. Jika anda tidak pandai untuk menulis, mulakan dengan membina blog anda sendiri dan bina gaya penulisan tersendiri. Dari situ, bakat penulisan anda akan terbentuk dan mungkin satu hari nanti anda akan dapat menjadi penulis sambilan untuk blog orang lain.
Ada juga penulis yang berjaya menjadi penulis sambilan terlebih dahulu sebelum mempunyai blog mereka sendiri. Rahsia menjadi penulis yang berjaya ada dikongsikan dalam ebook Rahsia Penulis yang ditulis oleh pemilik Majalah Niaga. Anda boleh mulakan karier menjadi penulis sambilan dengan membaca ebook tersebut.
9. Perkhidmatan
Blogger juga boleh menjana pendapatan melalui perkhidmatan dan nasihat seperti perkhidmatan pembangunan blog, laman web ataupun perkhidmatan rekaan logo dan sebagainya. Selain itu, ada juga blogger yang memberi perkhidmatan perpindahan platform seperti pertukaran blogger ke wordpress dan lain-lain.Â
10. Jual blog
Ada juga blogger yang menjana pendapatan dengan menjual blog yang mereka buat. Flippa merupakan salah satu laman yang menjual pelbagai jenis blog dan laman web. Jika anda nak belajar cara jual beli blog dan laman web di Flippa, anda boleh berhubung dengan Naqui002 daripada forum WangCyber. Tidak kira sama ada jualan tersebut dibuat melalui Flippa atau menjual terus dari blog mereka, ini adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan melalui blog.Â
Ok?
Sekarang anda telah tahu bahawa blog adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan tambahan. Anda boleh lakukan secara sambilan atau secara sepenuh masa. Tetapi perlu saya ingatkan bahawa pada permulaan anda berblog, menjana pendapatan bukanlah mudah dan sepatutnya tidak menjadi agenda utama anda.
Ramai blogger yang menjana ribuan malah jutaan ringgit daripada blog mereka kerana mereka MEMBANTU orang lain bukannya hanya mempromosikan pelbagai produk dalam blog mereka.Â
Mungkin anda ada cara buat duit dengan lain yang boleh dikongsikan? Tidak rugi pun berkongsi ilmu. Kongsikan diruangan komen :-)
Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Dengan Blog (Bukan Mudah!). Ini adalah hanya pendapat kecil saya. Anda mungkin mempunyai sudut pandangan yang berbeza.