Cara Elakkan Anak Takut Hantu - Menakutkan anak dengan hantu kadang kala menjadi modal untuk ibu bapa mengarahkan anak-anak untuk melakukan sesuatu. Dari segi emosi dan spiritual, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk perkembangan anak anak kerana ini akan menyebabkan anak-anak menjadi pengecut dan mudah terpengaruh dengan cerita yang karut dan kurafat.
Pada kali ini saya nak kongsikan beberapa cara untuk mengelakkan anak menjadi pengecut atau 'takut hantu'.
1. Jangan Mudah Takutkan Anak
Pernah tak anda lihat orang menakut - nakutkan anak dengan perkataan perkataan seperti 'jangan main sini nanti hantu sorok', 'jangan ambil ini nanti momok marah' dan lain - lain lagi. Perkataan seperti ini memberikan persepsi yang buruk kepada anak dan menyebabkan anak lebih takut kepada momok berbanding takut dan hormat kepada ibu bapa. Sebaik baiknya jika nak mengarahkan anak, gunakan perkataan yang baik bukan menakut nakutkan.
2. Teman anak
Perasaan takut sememangnya wujud secara semula jadi dalam setiap anak anak. Jika mereka takutkan sesuatu, teman mereka dan berikan penjelasan tentang perkara yang mereka takuti itu.
3. Berikan penjelasan
Memberikan alasan dan penjelasan adalah cara terbaik untuk mengelakkan anak takut hantu. Sebagai contoh anak kita terdengar bunyi yang tidak dikenali di bahagian dapur, berikan alasan seperti 'bunyi kucing' atau 'tikus' lebih baik daripada memberitahu mereka tentang sesuatu yang menakutkan.
4. Jangan tipu anak
Menipu anak dengan 'hantu' adalah sesuatu yang kurang baik. Sebagai contoh, anak bertanya mana permainan mereka. Ibu bapa jawap 'hantu dah ambil'. Ini akan memberikan satu persepsi dan pemahaman yang serong kepada anak tersebut. Selain daripada itu, secara tidak langsung ibu bapa mengajar anak-anak untuk menipu.
5. Elakkan tengok cerita hantu
Walaupun pengeluaran filem hantu di Malaysia ini kita tidak dapat kawal, tetapi kita mempunyai pilihan sama ada untuk tonton atau tidak. Lebih tidak elok lagi jika filem seperti ini ditonton bersama anak-anak kecil. Dalam kebanyakan masa, cerita yang berkisar tentang hantu tidak mempunyai banyak manfaat mahupun pengajaran.Â
6. Kenalkan syaitan, bukan hantu
Di dalam Al Qur'an, Allah telah memberitahu bahawa Syaitan adalah 'musuh yang nyata', jadi adalah lebih baik jika kita memperkasakan diri anak-anak kita untuk melawan godaan syaitan daripada memperkenalkan mereka dengan perkara-perkara negatif seperti hantu dan jembalang. Anak-anak yang dekat dengan Al-Quran secara tidak langsung akan lebih berkeyakinan dan lebih berani. Beritahu anak-anak anda bahawa hantu itu tidak wujud, tetapi Syaitan itu wujud.Â
Ok?
Itulah antara perkara yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan anak-anak kita terpengaruh dengan 'cerita hantu' dan percaya kepada perkara-perkara kurafat.Â
Daripada hidangkan anak-anak dengan cerita-cerita hantu, lebih baik hidangkan mereka dengan pelbagai cerita ilmiah dan bermanfaat seperti kisah-kisah para Nabi & Rasul serta para pejuang.
Terima kasih kerana membaca Cara Elakkan Anak Takut Hantu. Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, kongsikan di laman-laman social anda dengan menekan butang di bawah :-)