Cara Menjana Pendapatan Dengan Google Adsense Menggunakan Matched Content - 'Matched Content' oleh Google Adsense telah diwujudkan sejak April 2015. Dan baru-baru ini, pihak Google Adsense telah mengumumkan melalui blog Google Adsense bahawa kini blogger boleh menjana pendapatan tambahan dengan memaparkan iklan pada 'Matched content'.Â
Pada permulaan pelancaran Matched Content pada April 2015, pihak Google Adsense menyatakan bahawa iklan matched content tidak akan memberikan sebarang pendapatan tambahan kepada pengguna Google Adsense melalui PPC.Â
Sumber : Google Adsense Blog |
Untuk menggunakan Matched Content oleh Google Adsense, pihak Google mensyaratkan bahawa hanya laman web atau blog yang mempunyai trafik yang tinggi setiap hari akan menikmati perkhidmatan Matched Content ini.Â
Kelulusan bagi mana-mana laman web atau blog yang dapat menyertai program Matched Content ini adalah diberikan secara automatik pada laman web yang layak pada pandangan pihak Google. Walaubagaimana pun, pihak Google tidak menyatakan kelayakan secara spesifik bagaimana sesebuah blog diluluskan untuk menggunakan Matched Content.
Pada 18 Mac 2016, blog Google Adsense telah mengumumkan bahawa matched content akan membantu kita dalam menjana pendapatan tambahan kerana pada Matched Content akan diselitkan dengan iklan-iklan yang berkaitan.Â
Cara Semak Lulus Matched Content atau Tidak.
Bukan akaun Google Adsense anda dan buka pada Site Management.
Jika anda telah mendapat kelulusan untuk menggunakan Matched Content, anda akan dapat perhatikan perkataaan Approved pada bahagian tersebut.Â
Jika blog anda masih belum layak, anda tidak akan dapat lihat bahagian Matched Content tersebut.
Telah diluluskan |
Belum layak / belum diluluskan |
Sehingga kini, akaun Google Adsense saya masih belum diluluskan untuk menggunakan iklan Matched Content. Mungkin trafik yang blog ini terima masih belum cukup untuk layak menyertainya. Tetapi bagi anda yang belum pernah semak, anda boleh semak sama ada blog anda layak untuk menyertai Matched Content atau tidak.
Untuk menggunakan widget Matched Content, anda hanya perlu buat iklan baru dan pada bahagian jenis iklan, pilih Matched Content. Ini adalah apa yang diterangkan dalam laman Google Adsense kerana saya sendiri masih belum diluluskan untuk menggunakan Matched Content.
Bagi yang sudah cuba Matched Content by Google Adsense ini harapnya dapatlah berkongsi cara dan pengalaman anda menggunakan iklan jenis ini ;-)
Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini ;-)Â
Terima kasih kerana membaca Cara Menjana Pendapatan Dengan Google Adsense Menggunakan "Matched Content". Adakah anda telah layak menggunakan Matched Content by Google Adsense? Kongsikan di ruangan komen.