Bila orang bercakap tentang bersedekah, ramai yang terfikir tentang mengeluarkan sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. Cara paling mudah adalah dengan mengeluarkan sebahagian duit kita untuk disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan. Walaubagaimanapun, tidak semua orang berkemampuan untuk mengeluarkan duit untuk bersedekah kepada orang lain. Oleh itu, Rasullullah S.A.W telah mengajarkan cara untuk bersedekah yang boleh dipraktikkan oleh semua orang yang kurang berkemampuan untuk bersedekah dengan harta.
1. Senyum
Cara paling mudah untuk bersedekah adalah dengan memberikan senyuman kepada orang lain. Perkara ini nampak seperti mudah, tetapi dalam kebanyakan masa, kita masih kurang mengamalkannya. Senyuman bukan sekadar pemanis wajah, tetapi ia juga dapat memberikan ketenangan kepada orang yang memberi senyuman dan orang yang melihat senyuman. Jika kita diberikan pilihan, pastinya kita lebih suka berjumpa dengan orang yang kerap terukir senyuman berbanding orang yang sentiasa bermasam muka.
Siapa orang yang paling mudah bersedekah dengan cara yang pertama ini? Orang yang paling mudah mendapat ganjaran sedekah dengan senyuman adalah orang yang menjaga kaunter, tidak kira di mana-mana kaunter sekalipun ;-)
2. Percakapan
Selain daipada senyuman, percakapan seharian kita juga boleh menjadi satu sedekah. Bagaimana? Rasullullah menyatakan, setiap perkataan baik yang kita ucapkan merupakan satu sedekah. Setiap ucapan dan perkataan yang kita lontarkan boleh memberi kesan kepada orang lain. Mengucapkan perkataan yang baik adalah satu doa dan akan memberikan kesan kepada orang yang mendengarnya. Ucapan yang baik adalah ucapan yang apabila orang lain mendengarnya, tidak timbul rasa sakit hati malah menambah keceriaan dan juga ketenangan.
3. Zikrullah
Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Memperbanyakkan mengingati Allah juga merupakan satu sedekah jariah kepada diri kita sendiri.Â
Daripada Abu Dzar, bahawa Rasullullah S.A.W bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap persendian tulang. Setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, setiap bacaan takbir adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah dan melarang dari berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat digabungkan hanya dengan mengerjakan dua rakaat yang kamu lakukan pada waktu Dhuha. (1)
Ini bermakna solat dhuha merupakan solat yang penuh dengan ibadah sedekah dan sunat dilakukan oleh setiap orang Islam.Â
4. Tenaga
Ada orang yang mempunyai wang yang banyak untuk disedekahkan. Tetapi ada orang yang tidak mempunyai banyak duit tetapi mempunyai kekuatan dari segi tenaga yang boleh digunakan untuk membantu orang lain. Ini juga merupakan satu jenis sedekah yang baik dan bermanfaat kepada orang lain.Â
5. Hubugan Suami Isteri
Daripada Abu Dzar, bahawa ada sekumpulan manusia berkata: Wahai Rasullullah, orang-orang kaya telah membolot semua pahala, mereka bersolat sebagaimana kami bersolat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang kamu dapat bersedekah dengannya? Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat yang makruf dan mencegah perbautan mungkar adalah sedekah, bahkan salah seorang kamu yang menjimak isterinya turut dianggap sebagai sedekah. Mereka bertanya: Wahai Rasullullah, adakah salah daripada seorang kami yang menyalurkan syahwatnya turu berhak mendapat pahala? Baginda bersabda : Beritahukan kepada saya, seandainya dia menyalurkan ke dalam benda yang diharamkan, adakah dia turut memikul dosa? Maka begitu pulalah apabila dia menyalurkan pada tempat yang dihalalkan die turut berhak mendapat pahala.
6. Melakukan perbuatan Yang Baik.
Sedarkah kita bahawa melakukan perbuatan yang baik merupakan satu bentuk sedekah.Â
Daripada Abu Dzar beliau berkata: Saya berkata: Wahai Rasullullah, apakah amalah yang paling utama? Baginda menjawab: Beriman kepada Allah dan berjihad di jalan-Nya. Saya bertanya lagi : Hamba yang manakah paling utama unttuk dimerdekakan?. Baginda menjawab: Hamba yang paling berharga disisi pemiliknya dan paling mahal pula harganya. Saya bertanya: Jika saya tidak melakukan itu?. Baginda bersabda: Engkau hendaklah membantu seorang pekerja atau menyediakan pekerjaan untuk orang lain yang tidak memiliki pekerjaan. Saya berkata: Wahai Rasullullah, beritahukan kepada saya jika saya tidak mampu melakukan sebahagian pekerjaan tadi? Baginda menjawab: Kamu hendaklah tidak berbuat jahat kepada orang lain dan itu merupakan sedekah darimu untuk dirimu sendiri." (1)
Jadi tiada alasan untuk kita menyatakan kita tidak dapat bersedekah kerana sedekah itu bukan sahaja boleh dilakukan dengan wang ringgit, malah melalui perbuatan dan amalan yang baik.Â
Terima kasih kerana membaca  Cara Bersedekah Tanpa Guna Duit. Jika ada silap salah harap diperbetulkan. Sekiranya bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan :-)
Rujukan : (1)Â Kitab Riyadus Salihin