Apa yang anda tahu tentang aplikasi Whatsapp? Secara umumnya Whatsapp adalah media social yang menghubungkan sesama manusia. Penggunaan Whatsapp kini boleh dianggap telah memonopoli perhubungan melalui mesej ringkas dan menyebabkan penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) semakin hari semakin berkurangan.
Kekurangan utama dalam penggunaan Whatsapp sebagai medium perhubungan adalah ianya memerlukan data internet untuk berfungsi. Walaubagaimanapun, jika dikira dari segi kos penggunaan, kadang kala penggunaan data internet untuk Whatsapp lebih murah berbanding kos penggunaan SMS.
Jika ditanyakan kepada kebanyakan orang, apakah kegunaan Whatsapp? Ramai yang menjawap ianya digunakan untuk:
- Hantar dan terima Mesej
- Hantar dan terima Gambar
- Whatsapp Group
- Hantar dan Terima Audio
- Hantar dan terima contact
- Hantar dan terima lokasiÂ
6 perkara ini adalah nadi utama penggunaan Whatsapp dalam kehidupan seharian kita. Tetapi ramai orang yang tidak menggunakan sepenuhnya fungsi yang ada dalam aplikasi Whatsapp. Antara fungsi yang kurang digunakan, malah ada yang langsung tidak tahu berkenaan fungsi tersebut adalah:
- Reminder (Starred Mesej)
- Carian Mesej
- Broadcast
- Blue Tick
- Mute Group
- Wifi Call
- Auto Download
- Chat Shortcut
- Bold
- Italic
- Strike
- Hantar Fail Dokumen
- Whatsapp Web
1. Starred Message
2. Carian Message
Jika kita hendak mencari mesej yang telah lama diterima atau dihantar, kita boleh menggunakan fungsi carian mesej yang terdapat di bahagian atas paparan aplikasi Whatsapp. Kita hanya perlu tuliskan keyword yang kita ingat (lagi spesifik lagi bagus) dan aplikasi Whatsapp akan senaraikan semua mesej yang ada dengan kata kunci yang anda cari.
Carian Mesej amat berkesan sekiranya anda jarang melakukan pembersihan mesej di Whatsapp. Tetapi jika anda kerap melakukan pembersihan mesej, ada kebarangkalian mesej tersebut tidak dijumpai jika ianya telah dibuang melalui proses pembesihan yang anda lakukan.
3. Broadcast
4. Blue Tick
5. Mute Group
Adakalanya kita dijemput masuk ke dalam group yang kita tidak suka atau tiada kaitan dengan diri kita. Tetapi dalam masa sama tidak sampai hati untuk keluar atas alasan menjaga hati Admin group tersebut. Ada juga group yang terlalu aktif sehinggakan deringan notifikasi tidak berhenti-henti berbunyi. Dalam dua keadaan di atas, fungsi mute group boleh digunakan.
Mute Group akan mematikan notifikasi untuk group yang anda tidak perlukan atau mengganggu kehidupan seharian anda.
6. Wifi Call
Whatsapp telah menambah fungsi telefon menggunakan internet. Tetapi saya yakin tidak ramai yang menggunakannya atas beberapa sebab antaranya kerana nak jimat penggunaan data dan juga memerlukan talian internet yang stabil. Tanpa talian internet yang stabil, panggilan telefon tidak dapat di buat dengan jelas dan tersekat-sekat.
7. Auto Download
Salah satu sebab kenapa data internet kita cepat habis adalah kerana fungsi auto download yang ada pada tetapan Whatsapp. Pada tetapan asal, Whatsapp akan menetapkan untuk semua media sama ada gambar atau audio di muat turun secara automatik. Walaubagaimana pun, fungsi muat turun secara automatik ini boleh di matikan dan secara langsung dapat menjimatkan data internet kita.
8. Chat Shortcut
Tahukah anda bahawa kita sebenarnya boleh membuat shortcut Whatsapp chat sama ada individu atau group ke muka utama telefon kita. Ini  adalah bagi memudahkan kita untuk berhubugan secara pantas tanpa perlu membukan paparan utama Whatsap.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah tekan (hold) chat / group tersebut dan pilih Chat Shortcut. Secara automatik, shortcut chat tersebut akan disediakan di paparan hadapan telefon anda.Â
9. Bold, Italic & Strike
Whatsapp kini telah menambah fungsi yang membolehkan kita menghantar perkataan dalam tulisan tebal (Bold), Italic dan juga Strikethrough. Walaubagaimanapun, setakat ini bukan semua orang dapat menikmati update terbaru daripada Whatsapp ini. Menurut sumber, jika Whatsapp anda adalah versi 2.12.556 anda masih belum dapat menikmati fungsi ini. Setakat ini, hanya Whatsapp versi 2.12.535 & versi 2.12.560 yang menyokong fungsi ini. tetapi saya yakin fungsi ini akan dapat dinikmati oleh semua orang dalam jangka masa terdekat.
Oleh kerana Whatsapp saya versi 2.12.556, saya masih belum dapat menggunakan fungsi terbaru ini. Jadi, saya kongsikan gambar yang diambil dari blog AdiAzudin sebagai contoh cara menggunakan fungsi ini.
10. Hantar dan terima dokumen
Fungsi penghantaran dokumen adalah kekurangan utama Whatsapp sebelum ini jika dibandingkan dengan media telekomunikasi lain seperti Telegram. Dengan kemaskini Whatsapp yang terbaru, ia membolehkan kita menghantar dan menerima dokumen.Â
Untuk menghantar dokumen, kita perlu pastikan Whatsapp penerima adalah yang terkini yang dapat menerima dokumen. Sekiranya, versi Whatsapp penerima adalah yang lama, dokumen tidak akan dapat dihantar.Â
Begitu juga jika kita nak hantar dokumen dalam Group. Semua ahli dalam Group tersebut mesti menggunakan versi yang boleh menerima dokumen.
11. Whatsapp Web
Sebelum ini saya ada terangkan cara menggunakan Whatsapp Web. Whatsapp Web membolehkan kita menghantar dan menerima Whatsapp dengan menggunakan komputer kita. Ia amat berguna jika anda seorang peniaga yang kerap menggunakan Whatsapp sebagai medium perhubungan dengan pelanggan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, baca artikel ini - Cara Menggunakan Whatsapp Web
Itulah antara cara menggunakan fungsi yang terdapat dalam Whatsapp. Ada apa-apa yang saya tertinggal? Kongsikan diruangan komen.
Terima kasih kerana membaca Cara Menggunakan Whatsapp (Yang Anda Tidak Tahu). Semoga artikel ini memberi anda manfaat dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti anda.