Setiap kali bulan Ramadhan, bazar Ramadhan akan dipenuhi dengan pelbagai jenis minuman untuk berbuka puasa. Selain dari itu, ramai juga yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan pasar malam atau bazar Ramadhan dan salah satu perniagaan yang paling 'mudah' adalah dengan menjual air balang.
Air balang biasanya dijual antara harga RM1 sehingga RM3 bergantung kepada jenis air yang dijual. Ramai yang menganggap bahawa menjual air adalah mudah dan sangat menguntungkan. Tetapi disebalik perniagaan air balang hanya peniaga tersebut yang tahu.
Bagi memulakan bisnes air balang, ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui antaranya adalah:
- Bagaimana cara untuk mohon tapak niaga pasar malam / bazar Ramadhan?
- Cara Memilih Lokasi Pasar atau Bazar?
- Peralatan yang perlu ada untuk memulakan bisnes air balang?
- Persediaan fizikal dan mental sebagai peniaga air balang?
- Resepi Air yang sedap?
- Teknik menarik pelanggan?
- Kos dan Keuntungan?
Ini jugalah perkara asas yang ada dikongsikan dalam Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Air Balang yang ditulis oleh Mizan Sulaiman. Beliau telah berjaya menjana keuntungan sehingga RM7k hanya dengan menjual jus buah buahan. Banyak lagi perkara yang diajarkan dalam panduan tersebut untuk membantu kita menjadi peniaga air balang yang berjaya.
Resepi Air Balang
Tetapi bagi saya, perkara utama yang mesti dipatuhi untuk memulakan perniagaan air balang adalah resepi air yang sedap di hati pelanggan. Saya sendiri membeli air di gerai yang sama setiap hari dalam bulan Ramadhan kerana rasanya yang sedap dan menyegarkan.Â
Resepi air yang sedap akan secara automatik menarik pelanggan untuk membeli berkali-kali air baang yang kita jual. Walaupun kita mempunyai lokasi terbaik dalam satu bazar, tetapi tanpa resepi air yang sedap, pastinya pelanggan hanya akan datang sekali untuk mencuba air tersebut kemudian tidak akan kembali ke gerai air balang kita.
Kos dan Keuntungan
Kos yang dimaksudkan terbahagi kepada dua iaitu kos sekali sahaja dan kos berulang. Kos sekali sahaja adalah berkaitan dengan peralatan yang kita akan gunakan termasuklah balang air, kanopi, penceduk air, meja, cawan air, straw dan lain-lain. Manakala kos berulang adalah melibatkan kos menyediakan bahan-bahan air seperti buah-buahan, gula, ais, pekerja dan lain-lain.Â
Pengiraan kos dan keuntungan adalah penting untuk memantau perkembangan perniagaan air balang kita. Secara umumnya, keuntungan dikira apabila jumlah jualan ditolakkan dengan kos yang dikeluarkan.Â
Persediaan fizikal dan mental
Perkara yang lebih penting untuk memulakan bisnes air balang adalah untuk membuat persediaan dari segi fizikal dan metal. Walaupun nampak mudah, tetapi perniagaan air balang memerlukan kudrat yang tinggi untuk menyediakan air dan juga untuk berdiri melayan pelanggan. Persediaan mental juga perlu kerana kita akan dikunjungi dengan pelbagai ragam pelanggan.
Ok?
Bagi yang ingin memulakan perniagaan air balang pada bulan Puasa ini, saya cadangkan untuk dapatkan Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Air Balang. Semua yang dikongsikan dalam panduan ini adalah pengalaman sebenar seorang yang menjual air balang.