Cara Mengemas Rumah Dengan Lebih Mudah


Siapa yang tidak suka dengan rumah yang bersih dan sentiasa kemas kan? Rumah yang kemas sebenarnya tidak memerlukan barangan yang mahal tetapi ianya cukup dengan susun atur yang betul dan sesuai dengan bentuk rumah tersebut.

Mengemas rumah juga antara perkara yang agak 'berat' untuk dilakukan tambahan lagi dengan kerja-kerja seharian kita yang banyak dan kesibukan bekerje mencari nafkah.


Pada kali ini, saya akan kongsikan 6 cara untuk memastikan proses mengemas rumah adalah lebih mudah bagi memastikan rumah kita sentiasa kemas dan bersih. 

Zoning

Bagi memudahkan proses mengemas rumah, bahagikan kawasan rumah anda kepada beberapa bahagian atau zon. Pembersihan dilakukan mengikut zon yang telah ditetapkan. Sediakan satu jadual putaran pembersihan bagi setiap zon. Pembersihan setiap zon mungkin dilakukan mengikut hari sebagai contoh, hari Isnin untuk dapur, hari Selasa untuk ruang tamu dan seterusnya.

Ownership

Konsep ini saya adaptasi daripada sistem 5S yang banyak digunakan dalam jabatan kerajaan. Adalah baik jika setiap perkakasan atau zon mempunyai penjaga. Tetapkan anak-anak untuk menjaga setiap zon atau tempat dan minta mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku di kawasan yang mereka jaga. 

Hari

Tetapkan satu hari yang untuk mengemas rumah. Sebagai contoh, tetapkan setiap pagi pada hujung minggu sebagai masa untuk mengemas keseluruhan rumah. Jadikan jadual tersebut sebagai satu rutin mingguan yang mesti diikuti.

Kerjasama

Mengemas akan lebih mudah dan menyeronokkan jika dilakukan beramai-ramai. Libatkan suami dan anak-anak semasa mengemas. Minta bantuan mereka anak-anak untuk menyapu dan mengemop rumah anda. Jadikan ini satu rutin dan dalam masa yang sama akan dapat mengajar anak kita untuk sentiasa menjaga kebersihan


Jangan Tangguh

Ada perkara yang perlu dilakukan terus dan tidak elok untuk ditangguhkan. Sebagai contoh membasuh pinggan mangkuk dan mengemas katil selepas bangun tidur. Dua perkara ini adalah perkara yang perlu dilakukan setiap hari dan menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk membasuh pinggan dan mengemas katil. Didik anak-anak untuk membasuh pinggan selepas makan dan mengemas katil selepas bangun akan dapat meringankan beban kita untuk mengemsa rumah.


Perkakasan

Bagi memudahkan lagi kerja-kerja mengemas dan membersih, kita perlu pastikan kita mempunyai perkakasan pembersihan yang sesuai seperti vakum dan lain-lain. Perkakasan yang sesuai akan memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja pembersihan rumah anda.


Ok?

Itulah 6 cara untuk kita mengemas dengan lebih mudah dan sistematik. Sebaik-baiknya, libatkan ahli keluarga yang lain untuk sama-sama membantu untuk membersih dan mengemas rumah. 

Anda ada cara mengemas rumah yang lebih baik? Kongsikan di ruangan komen :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top