Siapa nak tengok siaran televisyen online secara percuma? Jika nak diikutkan, untuk mendapatkan siaran penuh Astro adalah agak mahal. Ia akan bertambah tidak berbaloi sekiranya langganan tersebut dibayar setiap bulan tetapi jarang-jarang sekali ditonton.
Pada kali ini, saya nak kongsikan cara mudah untuk tonton TV Online secara percuma. Setakat yang saya tahu, ada 2 cara untuk kita tonton tv secara percuma iaitu dengan menggunakan aplikasi Kodi dan juga IPTV. Kedua-duanya boleh digunakan secara percuma, tetapi kekurangannya adalah kita perlu ada internet yang stabil sekurang-kurangnya dengan kelajaun 4MB/s.Â
Jadi, walaupun siaran tv dapat ditonton secara percuma, anda tetap perlu bayar bil internet anda. huhu. Paling tidak dapat kurangkan bil yang perlu dibayar :-)
Ok?
Apa itu Kodi?
Pada permulaan ia dikeluarkan, Kodi dikenali sebagai XMBC. Menurut sumber dari Amanz.my;Â
XBMC telah dimulakan sejak tahun 2002 yang lepas, dimana pada mulanya ia dikenali dengan nama projek Xbox Media Player. Selang dua tahun selepasnya, selepas ia membawa fungsi melebihi pemain media, pasukan pembangunnya telah menjenamakan semula ia kepada Xbox Media Center, dan pada 2008, mereka mengambil nama singkatan XBMC bersempena dengannya.Â
Selepas penjenamaan tersebut, sokongan untuk Xbox ditamatkan, selain ia kini ditawarkan pada pelbagai platform lain termasuk di Windows, Linux, Android dan sebagainya. Perkara ini membuatkan penjenamaan XBMC seperti kurang relevan untuk perisian tersebut. Untuk menyelesaikannya, kini pasukan pembangunnya menjenamakan semula perisian tersebut kepada Kodi - Amanz.my
Kodi boleh digunakan untuk PC dan juga peranti android. Saya sendiri lebih suka menggunakan Kodi pada telefon pintar android saya kerana ia lebih mudah di bawa ke mana-mana dan saya boleh tonton di mana-mana sahaja. Hadnya cuma bergantung kepada data internet anda.Â
Selain itu, aplikasi Kodi boleh disambungkan ke android box dan disambungkan ke TV LED anda di rumah. Android box adalah ibarat decoder Astro anda.Â
Saya pula lebih suka menggunakan gabungan telefon pintar android dan Chromecast untuk menyambungkan Kodi ke TV LED di rumah. Jika anda nak install aplikasi Kodi pada telefon pintar, anda hanya perlu cari aplikasi Kodi di Google Play. Kemudian, anda boleh baca cara untuk sambungkan Chromecast ke TV LED di sini.
Jika anda nak cuba Kodi, anda boleh muat turun di laman-laman web berikut:
https://kodi.tv/download/ (Official)
https://www.tvaddons.ag/ (Unofficial)
Saya percaya lebih baik anda baca tutorial di laman-laman tersebut kerana mereka lebih terperinci dalam menerangkan cara untuk pasang Kodi pada PC atau peranti android anda. Jika ada permintaan baru saya akan tunjukkan dengan terperinci :-p
Apabila anda sudah berjaya install Kodi pada telefon pintar anda, ini adalah paparan yang anda akan dapat.
Paparan Utama Aplikasi Kodi apabila dibuka |
Sebahagian daripada ratusan channel TV online yang ada |
Dengan menggunakan Kodi, tiada lagi masalah untuk menonton Liga Perdana Inggeris secara online. Kita hanya perlu pilih channel sukan kegemaran kita.
Tetapi..
Adakalanya, ada link channel yang tidak dapat ditonton. Dalam pengalaman saya, kebanyakannya boleh ditonton tanpa masalah. Apa yang diharapkan dengan tv online PERCUMA kan?
Ok? Jika ok kita beralih kepada cara yang ke 2 untuk menonton TV Online secara percuma. Iaitu dengan menggunakan IPTV.Â
Apa itu IPTV?
Menurut sumber Utusan Online, IPTV adalah:Televisyen melalui Protokol Internet (IPTV) merupakan teknologi yang mana televisyen atau signal video disalurkan kepada pelanggan menggunakan sambungan jalur lebar melalui Protokol Internet.
Pengguna hanya boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan syarikat telekomunikasi. IPTV bukannya satu protokol tetapi penggunaannya dijangka meningkat dalam sama satu atau dua tahun ini disebabkan peningkatan langganan jalur lebar.
IPTV menyokong penyiaran siaran langsung atau `live TV' dan juga video yang disimpan (Video mengikut Permintaan - VoD). - UtusanÂ
Faham tak? Secara mudahnya IPTV adalah tv online dengan menggunakan IP tertentu yang merujuk kepada channel yang kita nak tengok.Â
Di Malaysia, ada 2 jenis IPTV iaitu IPTV berbayar dan IPTV secara percuma. Banyak perkhidmatan IPTV berbayar yang memberikan channel penuh Astro tetapi dengan kadar bayaran yang lebih rendah. Anda juga boleh guna IPTV secara percuma iaitu dengan menggunakan aplikasi IPTV.
Anda boleh muatturun aplikasi IPTV di Google Play. Jika anda sudah pasang aplikasi IPTV, anda masih belum boleh menonton TV secara online kerana anda perlukan channel PLAYLIST. Bagi IPTV percuma, agak sukar untuk mencari playlist yang betul-betul memberikan siaran yang dapat ditonton. Jika ada pun, dalam beberapa bulan link tersebut akan disekat.
Saya kurang minat menonton TV online dengan menggunakan IPTV. Â Walaubagaimanapun, kelebihan IPTV adalah tetapan yang perlu anda lakukan sangat mudah berbanding Kodi.Â
Kedua-dua aplikasi ini saya pasang pada telefon pintar saya. Kedua-duanya berfungsi dengan baik.Â
Cuma masa untuk menonton yang tidak banyak. :-)
Sesiapa yang ada pengalaman menggunakan IPTV atau Kodi bolehlah kongsikan di ruangan komen ye :-)
Terima kasih kerana membaca Cara Menonton TV Online Secara Percuma. Semoga bermanfaat. Ikuti kompilasi pelbagai cara melalui Facebook, Google + dan juga Emel ye :-)
macam menarik jika dapat menonton secara percuma namun data itu terpaksa pulak berbayar
BalasPadamhuhu..tapi lebih baik bayar 1 bil berbanding kene bayar 2 bil ;-) Dapat la jugak jimat sikit hehe
Padamok...ok aku tak berapa paham sgt nih....aku terjah ni pn sbb mytv decoder,,meleret sampai ke sini....2 tempat tu saja ke nk tonton tv satelit...?
BalasPadamsaya dh download app kodi dlm tv box saya tp mcm mn nk setup? tak boleh tengok pun
BalasPadamSaya sekarang selalu layan tv online kat website tvmalaysia.online je sbb senang, malas nk bukak tv hehe, tapi tak banyak sangat la channel yang boleh tonton kat website tu, Yang penting channel sport ade utk layan epl :D
BalasPadamMemang tak dinafikan di malaysia ni mmg takde pilihan lain slain dari astro, sbb tu la kok mana2 pon org akan langgan jugak astro ni..cuma bagi saya, zaman skrg ni lagi senang tonton kat online je lebih jimat..ada website yang bagi tgk siaran tv kat online free je contoh yang macam sy slalu guna di https://www.tvmalaysia.live . Senang nak tgk tv klu mcm takde kat rumah depan tv, pakai phone je boleh tgk..just sharing, try la ya
BalasPadamBagi saya, cara paling senang nak tonton siaran tv & astro online, korg pergi je ke https://www.tvmalaysia.live . Situ ada banyak siaran tv dan astro boleh tengok free je.. cuba la ya..share jgk ngn fmily dan kengkawan korg 😊
BalasPadam