Betul ke barang keluaran negara China kurang berkualiti? Penyataan tersebut sebenarnya kurang tepat tetapi dalam masa sama ada juga betulnya. Saya sendiri sudah banyak membeli barangan terus dari China dan ada yang cukup berkualiti dan ada juga yang kurang berkualiti. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita kaji barang yang kita nak beli sebelum membeli.
Pada kali ini saya akan kongsikan cara mudah beli barang online dari China. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa laman web yang boleh dipercayai untuk kita beli secara online dari China. Bagi mengelakkan berlakunya sebarang penipuan, anda perlulah membuat kajian awal terhadap penjual dan barangan yang anda ingin beli.
Sebelum itu, kenapa kita perlu beli barang dari China?
Saya sendiri membeli barangan dari China atas sebab-sebab berikut:
- Harga yang lebih murah berbanding di pasaran Malaysia
- Sesuai untuk dijadikan pembekal untuk barangan yang ingin di jual di Malaysia / Global
Ok?
Mari saya kongsikan laman web untuk anda beli barang online dari China.
Alibaba.com
Alibaba.com adalah ladang penjualan barangan secara borong dari China yang telah ditubuhkan sejak tahun 1999. Alibaba bukanlah seperti laman ecommerce biasa yang hanya klik dan bayar, tetapi lebih memerlukan perbincangan dan tawar menawar dengan pembekal untuk mendapatkan harga yang murah. Lagi banyak kuantiti yang anda beli, lagi murah harga yang anda dapat. Sebenarnya, Alibaba bukan sahaja mengumpulkan pembekal dari China, tetapi ada juga pembekal dari negara lain seperti Malaysia dan India.
Saya pernah beli secara borong satu set jersi Gred AAA dengan harga RM15 setiap satu di Alibaba untuk dijual semula dengan harga RM45. Jadi ini adalah salah satu cara untuk mencari pembekal bagi barangan yang anda ingin jual. Apa sahaja barang yang anda terfikir untuk jual, saya pasti ada orang jual di Alibaba.com
Aliexpress.com
Aliexpress membawakan konsep biasa ecommerce sepertimana Lazada dan lain-lain, tetapi yang membezakannya adalah kebanyakan barangan yang dijual adalah barangan buatan China. Jika anda ingin membeli dengan kuantiti yang kecil atau untuk kegunaan sendiri, anda boleh membeli di Aliexpress. Apa yang menariknya adalah, harga yang ditawarkan adalah lebih murah. Tetapi untuk mendapatkan harga yang murah, kita perlu tunggu hampir satu bulan (untuk penghantaran percuma) sebelum barang yang kita beli dihantar ke alamat yang kita kehendaki.
Sejujurnya, saya dah banyak kali membeli di Aliexpress. Antara barang yang saya suka beli di Aliexpress adalah casing smartphone, permainan kanak-kanak dan juga barangan elektronik. Oh ya, saya juga ada beberapa kali membeli smartphone daripada Aliexpress! Sepanjang pengalaman saya membeli di Aliexpress, semua barang yang dibeli selamat sampai ke rumah saya.
Selain itu, pembelian juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi Aliexpress. Anda boleh memuat turun aplikasi Aliexpress secara percuma di Google Play.
Taobao.com
Pertama kali saya tahu berkenaan Taobao adalah apabila banyak review menyatakan bahawa Taobao adalah salah satu syurga membeli borong dari China. Apabila saya buka Taobao.com, apa yang memeranjatkan adalah laman web tersebut adalah dalam bahasa Cina!
Oh ya, untuk pengetahuan anda, Taobao.com juga dimiliki oleh syarikat Alibaba, tetapi ianya di wujudkan untuk target audience yang berbeza. Laman web Alibaba.com adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong yang membeli dalam kuantiti yang sangat besar yang menyebabkan produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.
Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal (tetapi lebih murah berbanding pasaran Malaysia).
TaoBao.com pula, adalah di tahap pertengahan. Ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah lebih murah berbanding AliExpress tetapi tidak semurah seperti Alibaba.com . Jadi ianya sesuai untuk pemborong-pemborong kecil yang bermodal sederhana.
Bagi yang ingin membeli melalui Taobao.com, saya nasihatkan untuk dapatkan panduan Taobao terlebih dahulu. Panduan Taobao tersebut akan membantu anda untuk mencari produk yang laku keras, produk-produk yang perlu dielakkan semasa membeli di Taobao dan juga langkah demi langkah untuk membeli di laman Taobao. Tambahan lagi Panduan Taobao akan membantu anda cara untuk memasarkan produk yang anda telah beli di Taobao.
Dapatkan salinan Panduan Membeli di Taobao di sini -- Rahsia Taobao
Ok?
Itulah 3 laman web yang terpercaya untuk anda membeli barangan China secara online tidak kira sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual semula kepada pelanggan anda. Bagi yang ingin berniaga, saya nasihatkan untuk dapatkan buku Panduan Taobao.
Sebelum membeli dari mana-mana laman web pun, pastikan anda memilih penjual atau supplier yang mempunyai rating yang tinggi dan rajinkan diri untuk membaca profile penjual dan juga review pembeli kepada penjual. Ini adalah untuk mengelakkan anda tertipu, walaupun sebenarnya, pihak laman web sendiri tidak kira Alibaba, Aliexpress ataupun Taobao mempunyai sistem perlindungan pelanggannya sendiri.
Terima kasih kerana membaca Cara Mudah Beli Barang Online Dari China. Kongsikan pengalaman anda membeli barangan China secara online di ruangan komen ye :-) Atau jika anda ada laman web lain untuk membeli secara online dari China, boleh juga kongsikan di ruangan komen :-)
saya amat berminat tq dengan artikel menarik ni
BalasPadamAdakah barang contoh seperti phone dihantar terus dari china ke malaysia?
BalasPadamBetul, barang akan dihantar terus ke Malaysia. Tapi barang akan sampai dalam masa lebih kurang sebulan (free shipping).
Padamadakah akan sangkut kat kastam
BalasPadamSetakat ini saya beli barang x pernah sangkut kat kastam lagi la..tapi kemungkinan tu boleh berlaku..tengok jugak barang apa yang tuan beli dari China tu..
Padamcmne nk beli brg. tukar duet dekat mana
BalasPadamTak perlu tukar duit. Bila kita buat pembayaran guna debit/kredit kad nilai matawang akan ditukar secara automatik..
Padambeli dgn Aliexpress ni confirm ke tak kena tipu???
BalasPadamSy sendiri xberani nak Kate confirm xkene tipu. Tapi pengalaman sy setakat ni semua barang sampi dengan selamat. Kne pilih seller yg rating tinggi dan byk positif review 😁
PadamSy pernah beli sekali..x sampai sampai sekarang..nasib murah je
PadamKalau barang x sampi cepat2 tekan dispute. Nt duit dapt balik 😁
PadamMenggunakan Post yang murah apa jika beli barang debgan Ali Express ?
BalasPadamgud info tuan. nak cuba juga la. tq sharing
BalasPadamsalam. tuan nk tnya. barang yg kita beli akan dihantar terus ke alamat yg kita bagi atau dihantar ke mana2 warehouse pastu kita ke amek sndiri?
BalasPadamSalam tuan. Kalau beli barang dekat sini utk kita jual lagi untung apa tidak ya? Saya mau jualan live tapi gk tau mcm mana ambil barang dri luar
BalasPadamHi, tuan ada kata pernah membeli barangan secara pukal di Alibaba, bagaimana dgn logistik untuk barangan yang di beli? Logistik handle by the seller or we need to get our shipping agent and liaise them for seller to pick up the item then send to Malaysia?
BalasPadam