Bisnes melalui Facebook Page adalah salah satu jenis perniagaan yang mendapat sambutan ketika ini. Ramai yang mula belajar berniaga dengan menggunakan Facebook. Pelanggan yang bertambah juga bermakna anda perlu lebih banyak membalas komen dan juga PM pelanggan anda.Â
Jika anda mempunyai Facebook page yang aktif dan kerap mendapat komen atau private message (PM), pastinya menjadi satu kesukaran untuk anda balas semua komen dan PM yang anda dapat. Selain daripada itu, kebanyakan soalan yang ditanyakan adalah soalan yang sama. Jadi alangkah baiknya sekiranya semua itu boleh dilakukan dengan lebih mudah dan secara automatik.
Pentingkah untuk kita Reply PM pelanggan?
Komunikasi antara penjual dan pembeli adalah sangat penting semasa berniaga di Facebook. Oleh itu, amat penting untuk kita reply setiap pelanggan yang PM di Facebook Page kita. Ini menunjukkan bahawa pelawat tersebut berminat dengan produk atau perkhidmatan yang kita berikan dan berpotensi menjadi pelanggan kita.Â
Pelawat biasanya inginkan jawapan pantas daripada Admin Page dan sekiranya jawapan diberikan lambat pastinya akan membantutkan minat pelawat untuk membeli produk kita.
Dalam masa yang sama, komunikasi dengan pelanggan sama ada melalui komen atau PM akan menambahkan kepercayaan pelanggan kepada penjual.
Ok?
Pada kali ini, saya akan kongsikan 2 cara mudah untuk anda buat tetapan bagi membalas komen dan PM yang diterima secara automatik. Ini akan dapat menjimatkan masa anda dan anda boleh fokus kepada mengembangkan perniagaan anda.
Salah satu cara yang akan saya tunjukkan boleh dilakukan secara percuma, dan satu lagi adalah berbayar (bayar sekali sahaja). Anda boleh gunakan salah satu cara atau pun kedua-dua cara. Bergantung kepada anda.
1. Facebook Message Setting
Tahukah anda sebenarnya dalam tetapan Facebook Page, kita boleh setkan Reply orang yang Message kita secara automatik? Cara untuk setkan tetapan ini sangat mudah.Â
Mula-mula sekali, masuk pada Facebook Page anda. Kemudian tekan pada Tab Settings dan tekan sekali lagi pada Tab Messaging
Setelah itu anda akan dapat perhatikan beberapa pilihan dalam tetapan Message Facebook Page anda.Â
Apa yang anda boleh lakukan dengan tetapan Facebook Message?
Dengan tetapan percuma Facebook, anda boleh lakukan 3 perkara:
- Anda boleh tetapkan reply kepada pelanggan yang PM anda apabila anda tetapkan 'Away' mode pada Facebook page anda. Anda boleh buat satu statement yang menyatakan bahawa anda akan hubungi mereka semula kemudian setelah anda kembali.Â
- Anda juga boleh tetapkan satu message kepada pelanggan yang PM anda. Anda boleh reka ayat anda sendiri.
- Satu lagi tetapan yang boleh dilakukan dengan Facebook Message adalah anda boleh sediakan satu 'Message Selamat Datang' yang akan muncul apabila pelanggan ingin PM anda.Â
Kekurangan utama cara ini adalah ianya hanya boleh digunakan untuk pelanggan yang PM anda. Tetapi dalam kebanyakan masa, pelanggan hanya tulis PM pada komen dan bukannya PM penjual secara terus.Â
2. Facebook Auto Reply
Facebook Auto Reply adalah satu sistem yang membolehkan kita membalas message atau komen yang diberikan oleh pelangga secara automatik. Sebagai contoh, seorang pelanggan telah tinggalkan perkataan 'PM' pada ruangan komen post anda. Sistem ini akan secara automatik menghantar message berkaitan produk yang anda jual kepada pelanggan tersebut.
Apakah kelebihan Facebook Auto Reply?
- Message direply dengan ayat anda sendiri
- Boleh reply 24jam walaupun anda sedang tidur atau bercuti
- Boleh digunakan untuk reply komen pada Facebook Page
- Boleh digunakan untuk reply PM untuk Facebook Page
- Boleh setkan keyword yang sesuai untuk setiap reply.
- Reply boleh disetkan untuk dibalas setiap jam ataupun setiap kali message diterima
- Reply akan dihantar dalam masa kurang daripada 3 minit daripada komen / PM diterima
- Boleh digunakan pada seberapa banyak akaun Facebook dan Facebook Page.
- Boleh juga digunakan melalui telefon pintar.
- Sekali bayar sahaja, guna selamanya (bagi pembelian sekarang sehingga habis promosi sahaja)
dan banyak lagi..
Anda boleh mencuba DEMO sistem Auto Reply tersebut di sini - Facebook Auto Reply
Apabila anda beli FB Auto Reply ini, anda akan diberikan username dan password untuk masuk ke dalam sistem ini. Ini adalah sedikit pandangan di dalam sistem tersebut:
Sebagai contoh dalam gambar di atas, anda boleh setkan reply PM pelanggan anda secara automatik 24 jam sehari. Anda juga boleh setkan untuk reply komen sama ada semua komen dalam Facebook Page anda atau pada post tertentu sahaja.
Harga asal bagi sistem ini adalah $79. Untuk masa terhad, harga bagi sistem ini adalah $49 atau lebih kurang RM197 dengan hanya sekali bayar.Â
Mungkin juga dalam masa terdekat akan dijadikan bayaran secara bulanan.Â
Bagi yang inginkan maklumat lanjut boleh lihat di - FB Auto Reply
Bagi yang nak cuba Demo, boleh klik di sini
Bagi yang nak beli FB Auto Reply, klik di sini
Ok?
Itulah 2 cara yang anda boleh gunakan untk reply PM dan komen di Facebook secara automatik.Â
Terima kasih kerana membaca Cara Reply PM dan Komen Pelanggan Facebook Secara Automatik. Saya harap dengan menggunakan sistem FB Auto Reply ini, perniagaan anda akan bertambah maju dan berjaya ;-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan