Semua orang tahu cara membasuh tangan, tetapi bukan semua orang tahu cara membasuh tangan yang betul. Walaupun membasuh tangan nampak seperti perkara yang mudah, tetapi ia sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan diri kita. Tangan yang tidak dicuci dengan betul boleh membantu dalam penyebaran penyakit dan juga bakteria.
Bila masanya kita perlu mencuci tangan?
Secara umumnya, membasuh tangan adalah sangat penting sekiranya anda melakukan perkara-perkara berikut:
- Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
- Selepas menggunakan tandas
- Selepas mengendalikan sisa makanan
- Selepas menghembus hingus
- Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya
- Selepas bermain bagi kanak-kanak
- Selepas tukar lampin anak
- dan lain-lain..
Ini hanyalah sebahagian perkara yang menyebabkan anda perlu membasuh tangan. Sekiranya anda melakukan perkara di atas, basuhlah tangan anda dengan betul walaupun tangan anda kelihatan bersih. Sekiranya anda mengendalikan kerja-kerja lain yang kotor, anda juga perlu membasuh tangan dengan betul.
Banyak rujukan yang menunjukkan cara membasuh tangan yang betul. Pada kali ini saya akan kongsikan cara memasuh tangan yang betul daripada pelbagai rujukan. Walaupun ada sedikit perbezaan antara setiap rujukan, tetapi secara asasnya maklumat yang diberikan adalah sama dan persamaan yang paling ketara adalah terdapat 7 langkah untuk membasuh tangan yang betul.
Ini adalah kesimpulan yang saya dapat daripada rujukan cara membasuh tangan yang betul:
Basahkan tangan dengan air yang mengalir
Membasuh tangan di dalam air yang bertakung boleh menyebabkan air yang digunakan bercampur dengan kotoran. Oleh itu sekiranya anda nak membasuh tangan, gunakan air paip ataupun air yang mengalir kerana kotoran dapat dialirkan bersama aliran air.
Gunakan sabun
Setelah anda basahkan dengan air yang mengalir, matikan air paip dahulu dan gunakan sabun secukupnya. Sabun adalah penting untuk memudahkan kita menggosok tangan dan bahan yang terdapat pada sabun juga dapat membersihkan tangan kita. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa orang yang menggunakan sabun semasa membasuh tangan akan menggosok tangan lebih banyak berbanding orang yang tidak menggunakan sabun.
Gosok Tangan dan Celah Jari
Membasuh tangan dengan betul perlukan sedikit ketelitian. Kita perlu menggosak setiap sudut tangan kita dari celah-celah jari, tapak tangan, belakang tangan sehinggalah kepergelangan tangan. Ini adalah kerana bakteria boleh hidup di mana-mana sahaja pada tangan kita. Gosokkan juga tapak tangan anda dengan kuku anda (seperti menggaru).
Gosok sekurang-kurangnya 20 saat
Jika anda melihat tatacara membasuh tangan daripada CDC atau Mayoclinic, langkah ini ada dimasukkan sekali. Ini adalah kerana ada kajian yang menunjukkan bahawa 20 saat adalah masa yang optimum untuk menggosok tangan semasa membasuh tangan.
Bilas dengan air mengalir
Setelah selesai menggosok tangan dengan sabun, bilas tangan anda dengan air yang mengalir. Ini akan memudahkan kotoran mengalir keluar dari tangan anda. Sekali lagi diingatkan jangan bilas tangan dengan membasuh tangan di dalam air tadahan
Tutup paip dengan siku
Jika anda baca sebahagian daripada panduan membasuh tangan, ada yang menyenaraikan langkah ini dan ada sebahagiannya tidak menyatakannya. Tetapi bagi saya langkah ini ada baiknya untuk mengelakkan tangan yang sudah bersih dikotori semula secara tidak sengaja.Â
Keringkan tangan dengan tuala bersih
Setelah selesai, keringkan dengan tuala yang bersih, tisu ataupun dengan menggunakan mesin pengering. Ini adalah kerana, mengikut kajian tangan yang basah lebih mudah untuk dicemari oleh bakteria berbanding dengan tangan yang kering.Â
Sumber :Â http://www.huffingtonpost.co.uk/2012/10/15/dirty-hands-like-toilets_n_1966262.html |
Ok?
Itulah cara-cara untuk membasuh tangan dengan betul. Semoga kita sentiasa dalam keadaan bersih dan terhindar dari sebarang penyakit yang disebabkan oleh tangan yang kotor. Semoga bermanfaat kepada semua :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan