Cara Menggunakan Youtube Kids


Sebelum ini banyak yang mengadu berkenaan anak-anak mereka menonton video yang tidak sesuai ditonton di Youtube. Kini satu aplikasi khas iaitu Youtube Kids telah dibina yang hanya memaparkan animasi-animasi tertentu yang bermanfaat dan sesuai untuk anak-anak kita.


Sebelum ini, pelbagai perkongsian daripada para ibu bapa untuk menghadkan video yang boleh ditonton oleh anak-anak di Youtube. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan Restriction Mode dan juga Offline Mode. Kini, ada cara yang lebih mudah untuk mengawal video yang ditonton oleh anak kita iaitu dengan menggunakan Youtube Kids.

Apa itu Youtube Kids?



Aplikasi bersaiz 28MB ini adalah aplikasi rasmi yang dikeluarkan oleh Google  untuk anak-anak berumur 8 tahun dan ke bawah. Aplikasi ini terdiri daripada 4 kategori iaitu Show, Music, Learning dan Explore. Selain itu, terdapat satu mode khas yang dikenali sebagai Grown Up mode yang bertujuan untuk menghadkan lagi animasi yang boleh ditonton oleh anak-anak. Selain daripada itu, paparan iklan pada video masih dikekalkan.

Sehingga kini, terdapat 7 animasi Malaysia yang ada dalam Youtube Kids iaitu Upin dan Ipin, Didi & Friends, Chuck Chicken, Origanimals, Mustang Mama, Astrolology dan Hogie the Globehopper.


Grown Up Mode

Menurut Google sendiri, pemilihan animasi yang dipaparkan dalam Youtube Kids adalah melalui sistem khas, walaubagaimanapun sekiranya masih terdapat animasi yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak, kita diminta untuk flag video tersebut. Grown up mode adalah nama lain bagi Setting. Setiap kali kita ingin menukar sebarang tetapan di Youtube Kids, kita perlu memasukkan nombor yang ditulis dalam bentuk tulisan.



Search Mode On / Off

Kita juga boleh menetapkan sama ada untuk menghidupkan mode carian atau tidak. Ini boleh menghadkan video yang boleh ditonton oleh anak kita.



Set Masa Tontonan

Kita juga boleh menghadkan masa tontonan video. Walaubagaimanapun, set masa perlu diaktifkan setiap kali anak kita nak menonton video. Saya harap di masa akan datang, set masa juga boleh diaktifkan sekali sahaja dan teraktivate secara automatik setiap kali aplikasi Youtube Kids dibuka.



Sambungan ke TV 

Jika anda mempunyai Chromecast, anda boleh sambungkan Youtube Kids terus ke TV anda. 

Oh ya, Youtube Kids boleh di muat turun secara Percuma di Google Play. 

Secara umumnya, penggunaan Youtube Kids dapat membantu kita dalam memantau video yang ditonton oleh anak kita. Walaubagaimanapun, pemantauan berterusan dan komunikasi antara ibu bapa dan anak hendaklah sentiasa diperbaiki untuk memastikan anak kita tidak terlalu terpengaruh dengan animasi yang mereka tonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top