Menjana pendapatan dengan Google Adsense menjadi idaman setiap blogger. Bulan September 2016 adalah bulan pertama saya dapat bayaran daripada Google Adsense setelah hampir 1 tahun saya menggunakan Google Adsense.Â
Secara umumnya, proses pembayaran Google Adsense kepada para publisher mereka terdiri daripada 3 cara iaitu melalui Wire Transfer, Western Union dan melalui cek. Daripada 3 cara tersebut, cara yang paling pantas kita akan mendapat bayaran adalah dengan menggunakan Wire transfer.
Pembayaran melalui wire transfer bermaksud bayaran dibuat terus ke akaun bank kita. Untuk pengetahuan anda, pembayaran hanya akan dilakukan apabila jumlah terkumpul adalah melebihi USD100. Jumlah terkumpul bulanan akan dimuktamadkan pada 15 hari bulan setiap bulan dan sekiranya jumlah terkumpul melebihi USD100, bayaran akan dibuat pada 21 hari bulan, pada bulan yang sama. Mengikut pengalaman saya, bayaran akan masuk ke dalam akaun kita dalam masa 2 atau 3 hari.Â
Ok.
Pada kali ini, saya nak kongsikan cara untuk menetapkan bayaran Google Adsense terus ke akaun bank kita. Pertama sekali, anda perlu masuk ke dalam akaun Google Adsense dan lihat pada bahagian Payment.
Kemudian, anda perlu pergi ke bahagian Payment Setting dan tekan Add New Payment Method. Pilih bayaran melalui Wire transfer dan isikan maklumat akaun bank anda termasuk kod SWIFT-BIC bank anda.Â
Anda boleh semak nombor kod SWIFT-BIC anda di sini. Selepas itu anda hanya perlu tunggu jumlah terkumpul mencapai USD100 dan bayaran akan dibuat secara automatik.
Ok. Mudah sahaja kan?
Terima kasih kerana membaca Cara Payout Google Adsense Terus Ke Akaun Bank. Kini anda sudah tidak perlu risau tentang Google Adsense. Apa yang penting, berikan maklumat yang terbaik untuk pembaca blog anda :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan