Apa itu kod SWIFT-BIC? BIC adalah singkatan kepada Bank Identifier Code. Jadi, kod Swift adalah nombor pengenalan khas bagi setiap perbankan dalam dunia ni. Setiap bank dalam dunia akan mempunyai nombor kod Swift yang berbeza.Â
Sekadar untuk pengetahuan anda, kod ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan proses perpindahan wang antara bank, terutamanya apabila perpindahan secara global seperti perpindahan wang dari negara luar kepada bank di Malaysia. Kod ini juga digunakan sebagai nombor pengenalan apabila berlaku sebarang komunikasi antara bank yang berlainan.
Secara umumnya, kod SWIFT-BIC ini terdiri daripada 8 hingga 11 digit dengan setiap nombor dalam rangkaian nombor tersebut mempunyai maksud yang tersendiri.
Bagi yang pernah mendapat duit dari luar negara terus kepada bank di Malaysia, pasti pernah menggunakan kod SWIFT-BIC ini. Saya sendiri mula mengetahui berkaitan kod ini semasa saya membuat tetapan pembayaran bagi Google Adsense.Â
Cara semak kod SWIFT-BIC ini sebenarnya sangat mudah. Anda boleh terus menghubungi bank anda untuk mendapatkan kod SWIFT tersebut atau anda boleh pergi terus ke laman web The Swift Codes. Di laman web tersebut, tersenarai semua 146 bank yang terdapat di Malaysia berserta nombor swift bank tersebut. Semakan melalui laman web ini lebih mudah dan menjimatkan masa.Â
Ni contoh kod SWIFT-BIC dalam laman web tersebut.
Ok?
Sekali lagi saya ingatkan, sekiranya anda memerlukan nombor kod SWIFT-BIC, anda boleh pergi ke laman web The Swift Codes. Terima kasih kerana membaca Cara Semak Kod SWIFT-BIC Bank di Malaysia.
bank yang perlu digunakan adalah bank yang kita mula2 buat akaun ke macam mana encik? perlukan cerahan tentang ini
BalasPadam