Memilih mainan untuk anak nampak seperti satu perkara yang asas, tetapi dalam masa sama terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum memilih dan membeli mainan untuk anak kita. Pada kali ini saya akan kongsikan sedikit panduan cara memilih mainan untuk anak-anak.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa pemilihan permainan untuk anak adalah:
1. Beli mainan mengikut kesesuaian umur anak. Setiap permainan akan ada label kesesuai umur anak yang boleh bermain permainan tersebut. Kita sebagai pengguna hendaklah mematuhi label tersebut untuk mengelakkan sebarang bahaya kepada anak kita.
2. Kebanyakan anak yang berumur 6 bulan ke atas suka memasukkan barang dan permainan ke dalam mulut. Pastikan bahan yang digunakan untuk pembuatan permainan tersebut tidak membahayakan kesihatan anak.
3. Anak yang berusia 6 bulan ke atas suka mencerai-ceraikan bahagian mainan. Pastikan anda belikan mainan yang kukuh atau jika diceraikan tidak terlalu kecil bahagiannya untuk mengelakkan risiko anak tercekik disebabkan oleh permainan.Â
4. Buang semua plastik pembungkusan permainan untuk mengelakkan anak-anak bermain dengan plastik yang boleh meningkatkan risiko lemas bermain plastik.
5. Tunjukkan cara permainan yang betul kepada anak.
6. Pilih permainan yang tidak mempunyai tali atau ribon melebihi 30mm kerana tali pada permainan boleh menyebabkan risiko terbelit atau terjerut.
7. Pilih permainan yang tidak mempunyai bucu atau sisi yang tajam kerana ia boleh meningkatkan risiko kecederaan kepada anak
8. Bagi anak yang baru mula tumbuh gigi, belikan permainan yang lembut yang sesuai untuk di gigit kerana anak yang baru mula tumbuh gigi akan kerap menggigit sesuatu.Â
9. Pilih mainan yang boleh merangsang anak seperti permainan yang mempunyai bunyi atau deria sentuhan untuk menggalakkan anak merasakan sesuatu yang baru. Antara permainan yang baik untuk merangsang deria anak-anak berumur 6 bulan ke atas adalah seperti permainan yang dikeluarkan oleh Lamaze
10. Sekiranya anda membeli permainan yang mempunyai bateri, pastikan penutup bateri tertutup dengan rapi untuk mengelakkan anak memasukkan bateri ke dalam mulut. Â
Ok?
Inilah 10 perkara yang perlu diambil kira semasa kita membelikan anak mainan. Sekiranya anak kita meminta permainan yang pada pandangan kita berbahaya, berikan alasan anda dan pilihkan sesuatu yang lebih selamat untuk mereka.
Terima kasih kerana membaca cara terbaik memilih mainan untuk anak. Sekiranya terdapat perkara lain yang perlu dipertimbangkan yang tidak saya senaraikan, mohon untuk kongsikan di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan