Bagi yang bekerja dari rumah, Home Office atau pejabat di rumah adalah sangat penting untuk memastikan kerja dapat dilakukan dengan efisyen dan produktiviti dapat ditingkatkan. Pejabat di rumah juga penting untuk memastikan pekerjaan dapat di asingkan dengan kehidupan harian. Jadi bagaimana cara untuk menyediakan SOHO anda sendiri di rumah?
1. Ruangan Khas
Sediakan ruangan khas untuk pejabat anda. Anda tidak perlukan satu bilik khas, apa yang anda perlukan hanyalah sedikit ruangan dalam rumah anda untuk anda jadikan pejabat anda.
2. Tersusun
Pejabat anda hendaklah sentiasa tersusun rapi. Ini adalah penting untuk memastikan mood anda untuk bekerja sentiasa terjaga. Pejabat yang kecil tetapi kemas dan ringkas adalah lebih baik daripada pejabat yang besar tetapi terlalu padat dan tidak tersusun.
3. Tidak terlalu padat
Meja yang terlalu padat dengan buku dan kertas akan menyebabkan fikiran berserabut. Pastikan anda mengemas meja kerja anda secara berkala untuk memastikan meja kerja kita dalam keadaan yang kemas.
4. Sedikit Hiburan
Photo by Figura Kitchens & Interiors - Look for farmhouse home office design inspiration
Ada orang yang bekerja memerlukan sedikit hiburan seperi radio atau lagu-lagu. Jika anda jenis seperti ini, sediakan radio kecil atau pemain mp3 untuk memberikan anda semangat semasa bekerja dan mengelakkan anda cepat bosan.Â
5. Pembakar semangat (eg: gambar)
Gambar keluarga atau apa sahaja yang dapat meningkatkan semangat anda untuk terus berusaha adalah penting untuk meningkatkan produktiviti anda semasa bekerja di rumah.
6. Kerusi yang selesa
Kerusi yang selesa adalah penting kerana orang yang bekerja dari rumah biasanya menghabiskan masa berjam-jam duduk dihadapan komputer. Kerusi yang selesa dapat membantu kita untuk lebih fokus dalam apa jua kerja yang kita sedang lakukan.
7. Pemandangan
Saya lebih memilih pejabat di rumah yang berdekatan dengan tingkap. Ini akan memberikan saya ketenangan dan terasa lebih bebas dan tidak terkongkong di dalam bilik.
blogger wajib ada soho.. senang nak dptkan ilham update blog hehe
BalasPadambetul3..hehe..baru rase macam problogger kalau ade soho sendiri kat rumah :-)
Padam