Perbankan atas talian merupakan suatu kemudahan yang disediakan untuk membantu para pengguna dalam membuat pembayaran dan perpindahan duit. Dalam masa yang sama, terdapat juga manusia 'bijak' yang cuba mengambil kesempatan dalam kemudahan teknologi yang disediakan. Pencurian identiti dan juga maklumat peribadi boleh berlaku dan kita perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan perbankan atas talian.
Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan online banking bagi apa juga tujuan.
Pada kali ini saya nak kongsikan cara terbaik untuk menggunakan online banking dengan selamat.
Simpan Katalaluan Sebaik-baiknya
Jika anda mempunyai banyak katalaluan yang perlu diingati, adalah agak sukar untuk mengingati kesemuanya di dalam otak. Tambahan lagi jika katalaluan tersebut adalah kominasi antara nombor, huruf dan simbol, pada saya agak sukar untuk saya ingat kesemuanya. Oleh itu,Â
Kerap tukar katalaluan
Bagi memastikan akaun anda lebih selamat, adalah digalakkan untuk anda membuat penukaran kata laluan akaun anda sekurang-kurangnya setahun sekali.Â
Jangan guna katalaluan yang sama
Kita pastinya mempunyai akaun online lebih daripada satu termasuk akaun online banking kita. Sebaik-baiknya, gunakan katalaluan yang berbeza pada setiap akaun untuk m
Jangan simpan maklumat login
Web browser biasanya akan memberikan pilihan untuk anda simpan maklumat log masuk anda ke dalam mana-mana laman web yang anda daftar. Sebaik-baiknya jangan pilih untuk simpan maklumat tersebut kerana pihak ketiga boleh mengakses maklumat tersebut sekiranya komputer tersebut digunakan oleh orang lain. Ini lebih penting lagi sekiranya kita menggunakan komputer pejabat atau menggunakan komputer awam.
Jangan simpan maklumat Kad Kredit / Debit
Bagi memudahkan pembayaran di laman pembelian online, kita boleh menyimpan maklumat kad kredit dan kad debit di laman tersebut. Walaupun biasanya maklumat kita dilindungi oleh laman web tersebut, tetapi perbuatan tersebut boleh juga mendatangkan risiko kecurian maklumat kad anda. Selain itu, perbuatan menyimpan maklumat kad kredit pada laman web membeli belah akan menyebabkan kita kerap berbelanja dan gagal untuk berjimat cermat.
Gunakan Incognito
Anda juga mempunyai pilihan untuk mencari maklumat tanpa meninggalkan sebarang kesan dengan menggunakan Mod Incognito. Carian internet dengan menggunakan mod ini tidak akan meninggalkan sebarang Cache atau Cookies pada komputer anda. Sekiranya anda menggunakan komputer gunasama, menggunakan mod incognito adalah salah satu cara yang baik. Ada web browser menggunakan nama Incognito, anda juga web browser yang menggunakan istilah private browsing.
Gunakan sambungan internet yang selamat
Jika anda menggunakan sambungan internet percuma di tempat awam, anda tidak digalakkan untuk membuat sebarang transaksi  perbankan atas talian. Ini adalah kerana sambungan internet awam paling mudah untuk dicerobohi oleh pihak ketiga.
Gunakan antivirus
Menggunakan anti virus sebenarnya bukan sahaja memberikan sedikit sebanyak perlindungan kepada komputer anda, malah juga secara tidak langsung dapat melindungi maklumat di dalam komputer anda. Orang yang ingin menggodam komputer anda biasanya menggunakan Malware atau Adware untuk mengakses maklumat anda. Tetapi dengan menggunakan Anti Virus, Malware dan Adware dapat dikesan dan dihapuskan dengan pantas.
Clear cookies dan cache
Sekiranya anda telah mengamalkan semua perkara yang di atas, anda mungkin tidak perlu melakukan perkara ini. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, bersihkan sekali lagi Cookies & Cache pada web browser anda. Cookies dan Cache ini adalah memori penggunaan anda yang mungkin mengandungi maklumat peribadi anda. Â
Semak nama penerima
Jika anda dikehendaki untuk melakukan transaksi ke dalam akaun perseorangan, lakukan sedikit carian berkaitan nama pemilik akaun tersebut untuk memastikan bahawa penerima bukan scammer.Apa nak buat jika anda mengsyaki akaun anda diceroboh?
Jika anda dapati terdapat transaksi yang mencurigakan pada akaun anda, laporkan dengan segera kepada pihak bank untuk memaklumkan dan menahan sebarang transaksi pada akaun tersebut.Â
Itulah cara menggunakan online banking dengan selamat. Sekiranya anda ada tips tambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.
Terbaru hari ini: 20,000 pelanggan Tesco Bank hilang duit https://twitter.com/CNN/status/795678964333346816
BalasPadamElakkan dan jangan buka emel yang mencurigakan yang mungkin guna nama bank anda. Kalo perlu dapatkan kepastian, hubungi pihak bank terus melalui telefon atau dengan melawat cawangan terdekat.
Betul tu tuan. Kalau dapat emel atau SMS pelik pelik jangan sesekali tekan link yang ada.
BalasPadamRibuaan cara scam untuk dapatkan login melalui talian telefon atau emel, peringatan yang penting, jangan beri sebarang information mengenai login atau butir peribadi kepada orang yang tidak berkenalan dari telefon terutamanya tentang pinjaman koperasi atau pinjaman peribadi kewangan sama ada swasta atau kerajaan.
BalasPadam