Cara Buat Ecommerce Menggunakan Shopify


Selain daripada buat duit secara online dengan blog, salah satu cara lain untuk menjana pendapatan secara online adalah dengan membuat laman web ecommerce atau edagang. Jika anda masih tidak faham apa itu laman web ecommerce, anda boleh pergi ke laman web Lazada, Zalora, 11Street dan lain-lain. Itulah contoh laman web ecommerce. 

Laman web seperti ini tidak perlukan artikel yang banyak tetapi lebih menjurus kepada menjual produk-produk yang pengguna mahukan. Jika anda ingin membuat laman web edagang, tiada platform yang lebih mudah daripada Shopify.

Saya sendiri merupakan pengguna Shopify. Berdasarkan pengalaman saya, menggunakan Shopify untuk membina laman web jualan adalah lebih mudah berbanding menggunakan Wordpress. Saya sendiri pernah merasai kedua-duanya. Perbezaan utama yang menjadikan Shopify lebih mudah berbanding Wordpress untuk membina laman web ecommerce adalah kerana dengan Shopify kita boleh terus membina laman jualan tanpa perlukan plugin tertentu seperti Wordpress. 

Walau bagaimanapun, Shopify juga menawarkan plugin tambahan untuk memudahkan lagi kita membina laman web ecommerce. Plugin yang saya paling suka setakat ini adalah Oberlo. Apa itu Oberlo?

Oberlo Plugin atau dipanggil juga sebagai Oberlo Shopify App ini membolehkan anda mengimport barang-barang dari Aliexpress terus ke kedai ecommerce anda. Ini adalah sangat menjimatkan masa sekiranya anda ingin membuat laman web dropship barang-barang dari China.

Secara umumnya untuk membina laman web ecommerce terdapat 4 langkah sahaja. Tetapi ketahuilah bahawa setiap langkah memerlukan fokus yang tinggi. Walau bagaimanapun, menggunakan Shopify akan menjimatkan separuh masa anda untuk segala tetapan yang diperlukan. Tugas utama anda hanya untuk memasukkan produk yang nak dijual dan membuat promosi terhadapa laman ecommerce anda.

Ok.

Ini adalah 4 langkah tersebut:

1.Cari Idea Produk

Kita tidak akan berjaya jika nak menandingi laman web Lazada, Ebay, Zalora dan lain-lain. Jadi produk yang kita jual perlulah spesifik dan kita perlu spesifikkan siapa sasaran pembeli kita. Lebih baik lagi, anda sertai mana-mana komuniti atau group Facebook yang spesifik kepada topik tertentu dan lihat apa masalah yang mereka hadapi, dari situ idea produk yang nak dijual akan lebih mudah diperolehi. Untuk permulaan, senaraikan sekurang-kurangnya 50 idea untuk kita lihat dan semak. Langkah ini mungkin mengambil masa sehari, seminggu atau mungkin hanya satu jam. Bergantung kepada anda.

2. Tapis Idea Produk

Jika anda telah senaraikan 50 idea produk kini anda dah boleh ke langkah seterusnya. Bagaimana nak tapis idea produk kita? Kita boleh tapis menggunakan Google Keyword Planner, Google Trending dan juga melihat laman-laman web lain. Sebelum itu, lihat dahulu senarai anda, jika ada idea yang terlalu umum seperti pakaian wanita, pakaian lelaki, beg, buku, dan lain-lain, ketahuilah bahawa idea tersebut sudah terlalu banyak. Pilih idea yang lebih spesifik seperti  jubah arab wanita, tudung bawal lerang 60 dan lain-lain. Itu hanya contoh. Lebih spesifik lebih bagus. 

Jika anda telah membuat tapisan awal, lihat juga demand, kos dan pembekal produk tersebut (jika anda nak lakukan dropshipping) sama ada cukup banyak atau tidak. Jika kurang atau tiada pembekal, mungkin anda perlu lupakan idea tersebut dahulu.

Pada akhir langkah ini, anda sepatutnya ada satu idea produk yang nak dijual, terdapat permintaan bagi produk tersebut, terdapat pembekal bagi produk tersebut serta terdapat sasaran pembeli bagi produk tersebut.


3. Buat Laman Web dengan Shopify

Pada saya 2 perkara sebelum ini lebih sukar berbanding membina laman web. Ini kerana membina laman web ecommerce adalah sangat mudah dengan menggunakan Shopify. Jika anda nak dropship barang dari China anda boleh gunakan aplikasi Shopify Oberlo. Jika anda nak menjual produk anda sendiri (anda sebagai pembekal), anda boleh terus masukkan barang satu persatu. Langkah ini mungkin memakan masa yang agak lama jika anda memasukkan barang satu persatu. Masukkan sekurang-kurangnya 50 barang untuk menampakkan laman web anda mempunyai cukup pilihan untuk para pembeli. 

Selain itu, anda perlu tulis terma dan syarat pembelian berkaitan penghantaran, polisi, pemulangan barang dan sebagainya untuk memudahkan pembeli  membuat pembelian dan juga menjadikan laman web kita lebih dipercayai.  

4. Promosikan Web

Ini adalah 'the moment of truth'. Apabila semua perkara di atas telah dilakukan, anda kini perlu promosikan pada pengguna yang telah anda fikirkan pada langkah pertama tadi. Anda boleh memasarkan secara percuma di Group Facebook yang berkaitan dengan produk anda ataupun anda boleh buat iklan berbayar. Ikan yang paling mudah adalah dengan menggunaka Facebook Ads. Walau bagaimanapun, penggunaan Facebook Ads yang tidak betul boleh merugikan anda. Sebaiknya mulakan dengan promosi percuma. Kemudian barulah fikir untuk promosi berbayar.

Jika anda perlukan bimbingan intensif untuk membina laman web dropship menggunakan Shopify, anda boleh dapatkan dari sumber berikut:




Perkara yang dibincangkan adalah lebih kurang sepertimana yang saya terangkan, tetapi diterangkan dengan lebih teliti dan lebih terperinci. Lebih penting lagi panduan ini disertakan cara bagaimana untuk memasarkan produk anda di pasaran antarabangsa. Bimbingan intensif ini juga menerangkan secara terperinci bagaimana untuk membuat iklan di Facebook agar kita untung besar dan mengelakkan kita rugi besar dengan iklan yang tidak berkesan.

Ok.

Pengalaman saya dengan Shopify memang mengujakan. Saya telah menyiapkan laman web dropship dari China saya yang pertama dalam masa 1 minggu. Kini dalam fasa mempromosikannya dengan lebih baik. 

Bagi yang nak mempunyai kedai online atau ecommerce anda sendiri, ini adalah gambaran bagaimana kita boleh buat laman web ecommerce kita sendiri dengan mudah menggunakan Shopify. Jika anda tidak pernah masuk ke Shopify, lihat video di bawah ini untuk mendapat gambaran tentang laman web Shopify 👨



Jika anda berminat, anda boleh terus mencuba di Shopify dan jika anda mahuka bimbingan lebih intensif, anda perlu dapatkan bimbingan professional dari Shopievo. Terima kasih kerana membaca cara membuat ecommerce menggunakan Shopify. Pada saya semua orang harus untuk mencubanya.

3 ulasan:

  1. Salam..menjual dalam shopify, lebih baik dalam MYR atau USD?bagaimana pulak klu local people nak beli klu kita set USD?atau mmg target org luar malaysia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Sekadar apa dalam pengetahuan saya:
      1. USD atau MYR bergantung kepada Target audience - Jika cik @diniejalil hanya nak jual barang untuk rakyat Malaysia lebih baik dalam MYR. Jika nak buat jualan worldwide lebih baik guna USD.
      2. Jika orang Malaysia nak beli dalam USD pun tak pe. Masa pembayaran, ia akan convert USD tu kepada nilai MYR (tp mungkin akan jadi mahal sikit la)

      Jadi saya cadangkan, cik dinie jalil untuk pilih salah satu sama ada target pelanggan dari luar negara atau dalam negara.

      Harap jawapan saya membantu :-)

      Padam
  2. info yg ringkas tpi padat.
    senang faham. dah cari info yg bkaitan, honestly. tuan pnya yg terbaik. terima kasih 😄😄

    BalasPadam

Back To Top