Cara Letakkan Iklan Adsense Dalam Artikel (Blogspot)


Google Adsense adalah salah satu cara buat duit dengan blog. Malah duit melalui Google Adsense boleh dikatakan sebagai pendapatan pasif. Ini adalah kerana, jika anda tak menulis artikel pun untuk beberapa hari malah mungkin berminggu, Google Adsense akan tetap memberikan anda pendapatan bulanan.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense bukanlah sesuatu yang mudah.

Ok.

Saya bukanlah nak perkatakan tentang cara untuk dapatkan akaun penuh Google Adsense kerana saya dah pernah ceritakan pada artikel yang lepas.

Pada kali ini saya ingin menjawab soalan daripada salah seorang pembaca blog ini berkenaan cara untuk letakkan Google Adsense dalam artikel yang kita tulis. 



Bagaimana cara untuk meletakkan Google Adsense?

Saya akan tunjukkan langkah demi langkah dan saya harap anda semua dapat faham dengan jelas. Untuk blogspot, anda perlu setkan secara manual iklan Google Adsense pada template blog anda. Tutorial cara meletakkan Google Adsense dalam artikel ini saya bahagikan kepada dua bahagian. Iaitu bahagian pertama melibatkan kod HTML template blog, manakala bahagian kedua melibatkan kod iklan Google Adsense anda. 

Bahagian 1:

Mula-mula sekali, masuk ke dalam dashboard blog anda dan tekan pada butang Template. Pastikan anda buat backup dahulu template blog anda. Ini adalah untuk memudahkan anda kembali ke template asal sekiranya ada apa-apa yang berlaku kepada blog anda. Sekiranya dah selesai buat backup, kemudian tekan pada 'Edit HTML'



Anda akan dapat lihat kod HTML untuk blog anda. Jangan risau. Anda tak perlu tukar atau usik kebanyakan daripadanya. Kemudian klik pada mana-mana bahagian kod HTML tersebut dan kemudian tekan butang pada ketboard CTRL+F untuk mengaktifkan bar carian. Cari kod ini:

<data:post.body/>

Biasanya akan jumpa 2 atau 3 kod HTML ini. Tumpukan pada kod yang kedua atau ketiga. Bergantung kepada template blog anda, gantikan kod <data:post.body/> yang ke dua atau ketiga dengan kod HTML ini.

<div expr:id='"adsmiddle1" + data:post.id'></div>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'>
<div style="clear:both; margin:10px 0">
<!-- Letakkan Kod Google Adsense di sini -->
</div>
</b:if>
</b:if>
<div expr:id='"adsmiddle2" + data:post.id'>
<data:post.body/>
</div>
<script type="text/javascript">
var obj0=document.getElementById("adsmiddle1<data:post.id/>");
var obj1=document.getElementById("adsmiddle2<data:post.id/>");
var s=obj1.innerHTML;
var r=s.search(/\x3C!-- adsense --\x3E/igm);
if(r>0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+16);}
</script>

Di sini anda perlukan sedikit 'try and error' jika menggantikan kod kedua tidak berhasil, jadi tukar kod yang ketiga. Untuk blog saya ini, saya gantikan pada kod HTML yang ketiga.

Selesai bahagian pertama.


Bahagian 2:

Buat satu iklan Google Adsense yang baru. Pilih iklan responsive. Kemudian salin (copy) kod HMTL iklan Google Adsense anda.

JANGAN PASTE TERUS KE TEMPLATE.

Untuk memastikan ia berfungsi anda perlu ENCODE kod html Google Adsense terlebih dahulu sebelum masukkan pada template blog. Anda boleh encode kod HTML tersebut secara percuma di sini: HTML Encoder

Jangan risau kerana encode kod iklan Google Adsense tidak melanggar peraturan Google Adsense. Kemudain, paste kod HTML iklan Google Adsense dan tekan encode. Kemudian salin semula kod HTML yang telah diencode.

Selesai bahagian kedua.

Bahagian Gabungan dan Pengaktifan:

Gantikan perkataan  <!-- Letakkan Kod Google Adsense di sini --> dengan kod HTML yang telah diencode. Kemudian tekan SAVE.

Untuk menyiarkan iklan Google Adsense anda hanya perlu tuliskan kod <!-- adsense --> di mana-mana bahagian yang anda mahu iklan tersebut tersiar. Pastikan space dan huruf kecil sahaja. Tuliskan pada bahagian HTML bukannya bahagian COMPOSE.

Jika anda tak tulis kod <!-- adsense --> dalam artikel anda, secara automatik iklan Google Adsense akan disiarkan di bahagian atas blogpost anda.

Ok itu sahaja.

Jika masih tak faham, saya ada sediakan tutorial dalam bentuk video yang mungkin lebih difahami.



Beberapa peringatan:
  • Iklan Google Adsense yang baru dibuat biasanya memakan masa 15 hingga 30 minit sebelum ia memaparkan iklan. 
  • Jangan spam artikel anda sendiri dengan terlalu banyak iklan. Pembaca tidak suka, Google pun tidak suka. Cukup letakkan satu iklan Google Adsense di tengah artikel. Maksimum 2 iklan (1 tengah, 1 akhir).

16 ulasan:

  1. Jika ada masalah boleh tanye kat sini ye :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cik..sya da mslh nk letak kod adsense di blog..sb nk aktf kan akaun adsense..sy dh cuba byak kali tpi gagal jgak..sy guna hp shja

      Padam
  2. Info yang menarik. Terima kasih sebab kongsi. Siap dengan video sekali.. Terbaik !

    BalasPadam
  3. Saya cuba buat tapi iklan tak keluar... dah follow tuto n tonton video juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana BG feedback on 😁

      Sy nak tnye dulu sebelum at jawap spesifik.
      -Pn ade akaun penuh Google Adsense? (Sebab sy tgk blog pn xde iklan adsense lansung jadi nak tahu je)
      - dah cube tak tukar kod pada semua yang ada dalam template tak?
      - kod HTML Adsense encode x?
      - pastikan kod untuk tempat yang nak keluar iklan tu betul mcam ni

      Sebab sy xtau spsesifk masalah Puan. Sy cube pada 2 3 blog sy nampaknya ok 😁😉

      Padam
  4. Untuk menyiarkan iklan Google Adsense anda hanya perlu tuliskan kod di mana-mana bahagian yang anda mahu iklan tersebut tersiar. Pastikan space dan huruf kecil sahaja. Tuliskan pada bahagian HTML bukannya bahagian COMPOSE.

    ini saya tak faham?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak susah nak terangkan dalam perkataan. Saya cadangkan Tuan tonton video tu semula sb sy ada terangkan berkenaan soalan Tuan ni :-)

      Padam
  5. kalau nak letak bahagian2 lain, ada tutorial tak?

    helloaiman

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika nak letak pada sidebar tu direct copy paste html ke widget sahaje..cume yang in artikel je yang susah sikit :-)

      Padam
    2. ohyeke ok2 terima kasih. nanti kalau tak faham, saya tanya lagi.

      Padam
  6. Saya tak pasti adsense sekarang sama dgn yg sebelum ni. Sebab sekarang dh ada ads in article. Adakah caranya paste code terus ke dlm entry kita ataupn kne ikut cara nj juga? Sbb kadang2 xkluar ikut cara ni. Mgkn admin bleh bt tutorial baru plak. Sekadar mencadang. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tutorial ni masih terpakai. Yg in artikel untuk AdSense adalah untuk native ads sahaja.

      Boleh copy n paste kat mane mane bahagian pada HTML artikel.

      Dalam artikel ni adalah untuk iklan jenis text n display.

      Padam
  7. kenapa kadang2 keluar kod ni >> div style="text-align: justify;"> << bersama iklannya?

    helloaiman

    BalasPadam
  8. Tq for sharing this... Dah buat seperti step di atas...dan berjaya keluar...untuk versi desktop....
    macamana untuk appear pada versi Mobile juga ya.?

    BalasPadam
  9. boss nak tanya masa kita bagi link blog kita tu kepada google adsense kita kena bagi link blog tu atau link post yang kita buat tu??

    BalasPadam

Back To Top